Dr kata, kat bawah belum bukak lagi. Tapi I mentioned yang memang dah sakit kat bawah sangat-sangat sampai nak jalan mesti kena kengkang abes. That is the reason apsal tak larat nak pi kerja. (Rasa guilty disini). Then pi buat CTG dan nampaknya ada mild contraction once every 13 minutes.
Dr tanya nak masuk ubat tak? I said oh induce yeah? Been there, done that. Terfikir jugak nak induce as penat okay nak tunggu lama-lama dengan sakit menggila macam kena cucuk. Nak duduk tak boleh, nak baring turn sikit rasa cramp, berjalan apatah lagi...
But since Dr cakap, kat bawah masih tebal jadi kalau induce maybe takes longer time before betul-betul mahu in-labor, Mr husband kata tunggu dulu. So bak sini MC 3 days straight duduk rumah saja sudah. Lantak lah dengan MC berlambak ke apa ka... Thank god I have understanding boss and supportive colleagues. Dah lah last minute the temporary staff during my maternity leave dapat offer lain and the new executive pulak fail the urine test, (pity him). So dedua tak dapat. I hope the back up candidate can make it or else letih dek non nak run another set of interview.
Balik check up, singgah sebentar pi tengok the crib project. Nice, dah tinggi dah batu-bata tukang and team pasang... But wait! suddenly terperasan kat dinding dapur batu semua dah naik. Mana tingkapnya? Ko pasang batu tak tengok pelan eh? Gile eh kat dapur takde tingkap? Nasib baik batu-batu kat dapur tu derang baru ajer pasang dalam an hour past, terus suruh ketuk balik. Nasib baik lah batu2 still boleh guna cuma rugi lah simen sebaldi-dua ( oh yes, berkira okay as setiap waste itu adalah du-it)
And lepas tu, perasan pulak, mana batu angin nya? Yes, macam style lama. kami nak rumah ada batu tu sebab nak air circulate kuar masuk. I know most rumah sekarang tak pasang pun batu angin tu, as dekat window panel boleh design buka kat atas. Tapi, kita dah banyak pi rumah yang macam tu, my goodness panas gila. Nak pasang air cond satu rumah memang kami tak mampu lah. Geram jugak as sudah mention dekat tukang mahu batu angin tu. Mr husband terus jumpa En Tukang, and dia kena buat jugak, tanpa merugikan kami. Nasib baik boleh. And hari ni, dia sudah pi order pun batu angin tu.
Petang semalam juga, dah diskas dengan electrician buat wiring (kawan kami juga). Sebab kena book dia as selalu busy buat wiring job sana sini. Dalam minggu ni siap pasang batu dan nak pasang kayu kat atas and atap. Time buat roof job tu, wiring mesti buat sebelum plaster. Diskas punya diskas, estimated 6K for the wiring job + accessories. Pengsan di sini (-_-)
Gambar progress masih tiada as penat nak mengusung kamera gabak tu. I soo need a compact camera now. Dapat brand cikai harga RM99 pun jadilah.
1 comment:
wohoohoo.. sudah sampai stage mcm tu dah dia.. tahniah.. insyaAllah, semua kan ok.
Post a Comment