Dah 2 hari Sarah menangis kesakitan sebab bum bum melecet. Malam semalam, sarah menangis tak berhenti-henti dari pukul 8 pm sampai pukul 10.30 pm. Kami memang dah takut sebab dia nangis lama sangat, tak nak berhenti. Saya dah takut, and start pikir bukan-bukan (Astaghfirullahalazim). Mujur dengan bantuan FIL, pakcik dan makcik Sarah dah okay.
::Nak tau kenapa bum bum Sarah melecet teruk?
kerana dia cirit birit.
::Kenapa dan bagaimana dia boleh kena cirit birit?
sebab ibu pengasuh (who happens to be my auntie ok n she used to babysit me when i was a baby too..) bagi Sarah makan Asam. Asam the junk food yang mempunyai tahap keasidan yang tinggi. What the hell is she thinking? Orang dewasa kalau makan asam pun sakit perut terus ke toilet, inikan pulak baby umur 8 bulan.
Saya sangat sedih pasal perkara ni. Tahu pun pagi tadi masa hantar Sarah ke rumah mak ros. Tanya dia ada tak sarah cirit birit kat rumah dia? Dia kata takde. Pastu saya bitau pasal hal sarah malam tadi. Saya tanya lagi, apa yang Sarah makan? Mak ros kata bubur nasi macam biasa lah. Lepas tu, anak dia citer kata nenek bagi makan asam. Mak ros tersentap, terkejut dengar citer anak dia. Saya muka masa tu memang dah bengang gila dah tapi tak terkata apa dah. Terus kiss Sarah dan blah gitu.
So, hari ni melecet tu dah kurang tapi still ada jugak and sarah still nangis2 cuma tak teruk macam semalam. Kami cuma sapu ubat melecet yang paed sarah bagi dulu. Kesian tengok dia nak duduk pun terjengket-jengket bum bum sebab sakit, pastu asik nak berdiri jer. Mesti penat kaki Sarah.
Susahlah macam ni. Saya kecewa tau. Ya, saya tau. nak best jaga lah anak sendiri. Tapi, takkanlah benda senang macam tu tak boleh nak pikir? Bagi makan asam ok.. Kami nak bagi makan limau pun pikir 2 kali.. Nak cakap, payah. Tak cakap, makan hati pulak. Susah betul kalau involve sedara mara ni.
If only i can be a full time housewife kan..
1 comment:
geramnya aku ash! dia sengaja ke ape? ni baby tau! eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! geram.
Post a Comment