Friday, August 15, 2008

Of Warehouse Sale.

As told in previous entry, hari jumaat tu gi Glenmarie for kaizen activity. KEBETULAN, ada Clarks's warehouse sale. Dah plan dengan Yanti, pkl 9 am-11 am: Kat service centre. Hari jumaat pulak tuh, lunch time kan lama, jadi maybe boleh lah singgah warehouse sale tu pastu, niat di hati nak singgah subang jaya service centre since sangat dekat dengan glenmarie. Habis je kerja kat glenmarie, terus gi warehouse sales itu and..

OMG! panjang sungguh barisan. 2 jam ok nak beratur. Tapi takpe, demi kasut murah, rela aku beratur panjang didalam kepanasan. I noticed that some people are complaining on the long queue and cursing so much. Hello, if you can't stand the long queue under the hot sun, go straight to the boutique ok.

The crowd.

2 orang yang tak penat beratur. Yang sebelah tu terlebih excited sampai senyum nampak gigi ;P

A few people also brought their baby together. I pity those babies. Some of them cried loudly. Mesti dorang dah panas, rimas pulak tu. Tetiba2 dalam hati jadi sangat emosional teringat dekat sarah. Lepas 2 jam beratur dan tolak menolak, dapat jugak lah masuk.. Wah, ramai betul manusia. Kasut pun banyak. Kalau sape kaki size gajah macam saya mesti dapat banyak pilihan. men's shoe pun boleh tahan. Memang diskaun gila. And then, nak bayar pulak queue masih panjang. Saya q, yanti jaga kasut2 kami. Lepas dah bayar, keluar dari tempat itu dengan senyum sampai ke telinga dan hidung kembang kempis. bangga beb, sebab dapat beli 4 kasut dengan harga RM *10 sahaja. Ok lah tu untuk kasut clark's kan?

Ni q untuk bayar pulak. Q untuk credit card lagi panjang dari q untuk cash.

Yanti tengah jaga kasut ;P


Kasut saya dan satu sandal untuk OH

Nak pi keta yang di park beribu batu pulak satu hal. tekak dah haus gile. cepat2 cari kedai untuk minum. Masa tu, dah pukul 2.30 pm dah. Nak lari balik ke opis, memang tak ah. Buang masa aje nak travel, nak pi Subang service cam dah tak daya aje. Lagipun tak call SM nye lagi. Apa lagi, we headed straight to home walaupun saya sebenarnya dalam hati rasa guilty. Balik rumah, did laundry, sapu2 sikit, lap2 habuk and terus ON my PC. Sebab rasa guilty, jadi nak buat claim processing online dari rumah. Check claim, wahhh.. ada 1509 claim. Buat baru dalam 20 claim, asik hang aje system, pastu asik2 page cannot be diplayed. Padanlah, dealers banyak complaint. baru lah merasa betapa susahnya. Sebab macam buang masa dan letrik, terus OFF pc dan rehat jap sebab malam tu kena pi kenduri, haiiih..penatnya hidup saya hari itu..

No comments: