Hari ini ada beberapa perkara baik happen to me. Mungkin selepas kejadian buruk semalam, yang baik pula menimpa saya.
Tahu bagaimana perasaannya apabila memandu di jalan yang seperti 'ular kena palu'? ala, yang berbelok-belok tu. Tapi dengan keadaan tidak rata, sempit, hutan di kiri kanan dan gaung pula? Maka bila bertembung dengan lori atau treller (nak jugak kau lalu disitu!) Salah sebuah kenderaan harus mengalah. Selalunya si kecil kereta yang mengalah jika tidak mahu digesel lori. Ataupun kena sentiasa berhati hati sebab ada satu kancil silver (ya, saya memang observant) yang gila memandu laju di lap sehingga termakan jalan. Dan, kalau nasib kurang baik, ada kenderaan yang memandu 20km/j (ye, saya tak tipu) maka tidak dapat mahu overtake kerana keadaan jalan yang tak membenarkan. Saya sendiri memandu sekitar 40 km/j ~ 60 km/j bergantung kepada keadaan. Kalau sakit perut nak ke tandas 70 km/j pun boleh!
Sudah tahu jalan itu begitu, kenapa masih mahu menempuhnya?
Kerana lagi tidak sanggup untuk menempuh jalan utama Rawang yang super jem dan menyakitkan hati. Mahu sampai rumah pukul 7.30 malam. Dari Sg Choh sampai nak ke Tol Rawang jem aje. Adalah jalan clear barang seminit dua. Serius weh, those people yang stay at Rawang will stuck with traffic jam forever jika kerajaan tak buat sesuatu. Please lah, housing development makin rancak, tapi jalan macam itu juga. Mungkin jika tol Sg Choh (ke Serendah?)tu di buka akan kurang sikit traffic jam itu. Tapi entah bila mahu operate daa...
Jadi, perkara baik yang saya hadapi petang tadi adalah, 3 pemandu lori (termasuk satu treller) memberi laluan kepada saya untuk overtake mereka. Mungkin mereka sedar yang mereka amat terkedek-kedek mendaki bukit. Biasalahkan, even Satria saya pun semput. Thank you mr drivers.
Baik kan mereka?
No comments:
Post a Comment