Sabtu yang sungguh bliss, pada saya. Sudah berpakat dengan mr husband yang hari ini mesti bawa saya keluar shopping kasut. Kasut kerja saya sudah lusuh, sudah torn, sudah nampak tidak formal dan sudah nampak buruk lalu menyebabkan hati rasa gelisah. Alhamdulillah, ada rezeki lebih, maka bolehlah membeli sepatu idaman.
Saya memang mengalami masalah untuk membeli kasut kerana size kaki 8. Ditambah pula dengan masalah hiperhidrosis, maka melengkapkan kesukaran untuk membeli kasut. Kalau nak beli kasut, kriteria yang mesti adalah, bukan jenis muncung tajam tu. Kaki yang sedia panjang bila dipakaikan kasut sebegitu, Ya ampun. Hodoh sekali. Then, kena tengok insole pula. Materialnya mesti yang breathable, kalau tidak, habis berbau kaki kerana peluh. Dan material untuk kasut sendiri mestilah leather untuk keselesaan yang maksimum. Oooh, dan juga tidak terlalu tinggi. Lebih bagus jika wedges type because I am a wedges girl.
Jadi, untuk memenuhi kriteria itu, saya hanya boleh dapat dari Hush Puppies atau Clarks sahaja. Adalah juga cuba Bonia tapi the design is too ordinary. Tapi kan, Hush Puppies bukan semua saya boleh fit depending on the patern. The biggest size is 8 dan disebabkan patern kasut sekarang banyak kecil didepan, maka saya tak muat. Sangat frust ok! Jadi hanya settled for Clarks sahaja.
Saya minat betul dengan yang ini.

Tapi rasanya dekat Malaysia takde lagi kut. Tak pernah jumpa. Pics taken from the web ya.

Yang ini pun. Pernah nampak di store tapi tadi tiada stok. Frust betul!

Ini kategori kasut casual. Sangat minat especially kerana ia adalah wedges type.
Dan akhirnya, hanya beli yang ini sahaja.
Oklah, dimata saya. Walau saya tau buckle tu sebenarnya menyusahkan sebenarnya. Tapi inilah design yang paling hampir dengan kriteria saya. Yang penting saya selesa.
Kenapalah Clarks dekat Malaysia very unlimited design dan mahal pula? Dan kenapalah Clarks UK tak buat delivery kesini? Mesti hidup saya lebih ceria.
Bukan saya saja membeli kasut. Sarah pun dapat sebab kasut-kasut dia sudah ketat. Kasut Sarah beli di Bata sudah sebab kerap bertukar ganti. Oklah, design Bubblegummers pun comel juga dan selesa. Murah pula tu. And sekarang saya sedang berjinak-jinak untuk membeli skirt untuk Sarah, supaya nampak lebih girlish. Asyik pakai seluar aja.
Oh ya. Tadi kami had lunch di Restoran Nasi Padang Sari Ratu. Kalau pergi ke Giant KD, asyik tengok aje kedai tu. Jadi hari ini kami cuba. My verdict, sangat sedap. Seriously sedap. We tried Waroeng Penyet before tapi itu macam so so aje. Those yang nak cari nasi padang, really recomended this place lah.
Itu saja activity hari Sabtu. Hari ini sangat bliss. Hari anda pula?
No comments:
Post a Comment