Showing posts with label My Stuff. Show all posts
Showing posts with label My Stuff. Show all posts

Thursday, December 17, 2009

I'm At Home.

I had MC today. The first one for 2009. Nice time ha to have MC since tomorrow is a public holiday and MC in December? the appraisal already in the past.

I am having a fever and dizzy. I am an anemic and my BP is only 94. I nearly fainted when I get up from bed this morning. Even the lamb chop that I consumed last night doesn't help to increase my BP to the normal level. The doctor(s) always always advised me to eat more and more read meats (aside from vitamins).

I think thrice whether to go or not to go working today. I have one unfinished report, and a new system to make the user guide, and owh! I just remember, the 'Ijou' Hunting for the Quality Campaign that I was made to participate. Guess I made the right choice as my head is spinning and the headache is getting worse.

I just wanna have my time today, taking the last sip of isotonic drink and sit in front of my lappy to catch the latest updates. We sent Sarah to the babysitter so that I could relax at home and I feel really relaxing.

Friday, December 11, 2009

Ini Adalah Mengembirakan.

Happy ya bila ada cuti umum hari jumaat. Happy sebab dapat time off dari bekerja, tidak confuse mahu pakai baju apa pada hari jumaat sebab itu hari uniform-less, tak perlu memandu yang paling penting.

Paling happy hari ni cuaca sangat bagus, panas terik dan laundry cepat kering dan berbau 'matahari'.

Happy bila melepak di rumah bapak, dengan siblings yang lain sambil makan cekodok bawang, aiskrim dan buah pulasan juga teh panas.

Lagi happy bila dengar-dengar (dari bos saya sendiri) ada 'special briefing' on Monday! Tapi bila check public folder announcement takde pun memo... Kalau takde mati lah saya kena keji sebab dah kepochi dengan someone dari kilang hingga dia batalkan meeting kami hari isnin.. ;p

Syukur kerana ini hari yang mengembirakan.

Tuesday, December 8, 2009

Sigh.

Seriously sangat exhausted. SIL's 3 hari 3 malam wedding baru je habis, and this coming weekend another kenduri 'berkampung'. and my weekends on December are full with kenduris and weddings, and it is not just attending the ceromony aja okay...
Oh penatnya.
On another note, something tickle me and I felt seriously funny. Melatah kuat... makin lama makin nampak the true colors. Let it be! Ada hiburan sebegini sekali sekala, bagus juga... :)
Sigh.

Thursday, December 3, 2009

: )

Whoa, kali ni nak berceloteh pasal Sarah pula. Sekarang sudah kuat makan, paling suka makan spageti or the likes asalkan kategori mee. Kalau kita makan,mesti mahu tumpang sekaki. Nampak saja dia kurus tinggi tapi agak semangat juga badannya. Kalau mahu dukung sentiasa boleh semput di buatnya.

Sejak 1 tahun 7 bulan ni, barulah boleh dengar banyak vocab dari mulut kecil ni. Lega juga kan, sebab hari-hari wonder bila mahu start bercakap. Tapi, Sarah faham semua yang kita katakan, dan boleh mendengar arahan. Cuma, dia nak mula bercakap agak lambat sedikit. Saya tak boleh putus untuk train dia setiap hari and so far memang menunjukkan progress. Alhamdulillah, sikit lagi becok lah mulut si kecik tuh.

Cuma satu yang saya perasan, Sarah agak 'reserve' on certain things ketika bersama kami, dan tidak bila bersama Mak Ros. Sebagai contoh, ketika bersama family Mak Ros dan anak-anaknya yang memang suka melayan dan mengajar Sarah, tanyalah apa saja soalan seperti "mana mata? kaki? tangan? gigi? mulut " or whatsoever memang cepat dan tepat dia tunjuk tapi bila dengan kami, dua tiga soalan dia layanlah, lepas tu buat-buat tak tahu sambil sengih manja dan ajak main. Saya berpendapat sama ada, pendekatan saya salah ataupun Sarah sendiri decide untuk begitu sebab of course lah waktu saya dengan dia lebih pendek berbanding dengan Mak Ros. Kalau di rumah Mak Ros dia sudah didisiplinkan sebegitu, bila dengan saya dia mahu a bit time off.

Saya sebenarnya bersyukur dan lega kerana Mak Ros dapat menjaga Sarah dengan baik, begitu juga dengan anak-anak beliau. Mak Ros ni sepupu saya, umur baru 30 an tapi anak 5 dan semua sudah besar dan anak-anak memang menjadi. Mak Ros juga yang banyak mengajar saya bab-bab parenting yang memang lah saya ni jauh dari berpengalaman. Maklumlah, siapa lagi kan nak mengajar saya yang sudah tiada emak ni dan MIL sendiri terlantar sakit kerana serangan strok sejak setahun yang lepas. Bercakap pun tak boleh lagi. Alhamdulillah, Allah memberi jalan yang mudah pada saya. Jika kita berniat dengan ikhlas untuk keluar dari rumah untuk bekerja atau melakukan sesuatu, Insyaallah apa saja keputusan kita akan diredhai. Yang penting pada saya kenalah sentiasa berfikiran positif . Pemikiran kita melambangkan diri kita kan?

Sebenarnya, saya sedang berkira-kira untuk membelikan laptop untuk Sarah. Tapi tak pasti adakah berbaloi nanti. Ada juga survey di web site dan di kedai tapi tidak promising enough lah. Lebih kepada buat toddler jadi boring. Ada satu yang saya berkenan, it's a PC tapi mahal sangat okay, RM 450 di ThinkToys. Budget saya sekitar bawah RM250 sahaja. Any recommendation? Sarah suka laptop saya. Tiap-tiap malam kami akan buka web kegemaran dia dan practice ABC sama-sama, or nyanyi lagu ke atau buat aktiviti bersama-sama depan lappy. Oh, jangan lah ingat saya ni nak mengajar anak saya jadi geek tidak bersosial pula. Dia sudah cukup bersosial dan berlasak waktu siang, malam kena lah ada aktiviti yang lain pula. Kan?

Sarah juga sekarang sudah pandai imitate kami solat. Comel saja tengok dia rukuk dan sujud dengan kaki dan tangan senget-senget begitu. Heh. Sungguh comel sekali.

Saya rasa zaman kanak-kanak sekarang sungguh competetive bukan? Kanak-kanak sekarang ramai yang bijak-bijak belaka, maklumlah banyak resource dan parents sekarang sudah introduce early education to them, most kindy pun dah start educating children in their early years. Dengan Smart Reader lah, Q Dees, Kumon tu belum lagi yang lagi terer macam Sichida dan sebagainya. and owh, yurannya faham-faham aja lah. Kalau dulu zaman saya, masa tadika sorang tak tahu baca ABC, yang lain pun konfem tak tahu. Kalau ada yang outstanding pun adalah seorang dua yang memang genius sejak azali lagi. Tapi sekarang kalau sudah tadika tapi tak tahu baca ABC itu sudah haru. Saya lebih suka serahkan pada yang pakar mengajar. Diri sendiri tidak mahir dalam bidang itu dan bercanggah dengan prinsip " kalau mahu buat sesuatu, make sure I am or will be good at it" Tidak mahulah sambil lewa, tak bagus tu. Mohon rezeki murah nanti bila tiba masa untuk Sarah enroll to early education.

Yang pasti bukan sekarang. Potty train pun belum pass lagi. Satu-satu okay. No rush here...

Tuesday, December 1, 2009

All I Want For The Birthday Is...

A Blessing, Long Lasting Happiness, Prosperity and Longevity.



Happy Birthday to Me.




But how nicer if I could get this...



Kesian saya, orang lain sudah lama berBB...

Or this!

to replace my Sony tu...

To reward or not to reward myself using the year end bonus nanti? That is the question. Tapi management belum declare how much pun lagi. Expected to get lower this year due to the recession... Hmm, kalo setakat sebulan dua pi diam-diam sudah.

Friday, November 27, 2009

Heavenly.

Makan-makan pada hari raya sangat heavenly bukan?

Tapi paling heaven, masak dan makan sup tulang yang fresh baru lapah masa korban tadi. Alhamdulillah, terselit seketul gear box pulak tu! Oh, seriously saya salivating tahu semasa menaip. Lepas sudah menambah kalori dalam badan, kami bertiga tidur berjemaah tu yang tambah syok. Hehehe...

Lepas ni nak repeat lagi sambil menonton Nur Kasih.

Saturday, October 3, 2009

Suggestion Needed

My husband's birthday is coming up in this Sunday but seriously, I do not have any idea on what to get him. It is kinda hard choosing a present for him because he already has everything and since he is not a kind of 'stylo' man which need to have wardrobe upgrade every two months, nor he never a brand concious, he just happy with anything nice and cheap.

I thought of giving him a new watch, but he already got one before raya.

I thought of buying him a new sneaker, but he just get a Nike for raya.

or maybe I could buy him a nice sandal for casual outing,

or just buy him a lunch or dinner and wandering around the mall, letting him to choose a gift on his own. But where to?

Is it Chilli's, or Tony Roma's ( Are the steaks halal?) or Nasi Padang Sari Ratu? or belanja makan famous satay aje or even a homemade cooked?

or senang give chocolates but he does not fancy them.

Or do you have any idea. Please suggest.

The Answer of The Teaser.

To You, chill lah ok!

Leen and husband paid me a visit for hari raya last week. So happened they had attended a function in KL and on their way to the relative's which very close to my place.

It was very happy to welcome them since I've been longing to meet Balqis, her daughter. She is such an adorable toddler and talkative too since she already started to talk. Seriously, we can hear and understand the word. Seeing her reminds me of her mother, very gebu :P


Sarah is happy to have Balqis around but at some point I found that she is kinda dominating, when they played together, tak baik begitu Sarah, kongsi-kongsi lah!

Them, side by side. Notice tak the difference of body size? Sarah looks so thin besides Balqis. Geram saya dengan badan dia.

Berebut toy. Sorry Balqis, Sarah tak biasa.

Gigi dah penuh dah. Saya sibuk ambil gambar dia pulak.


While Sarah cuba to attract us with some action.


Budak kecik ni sibuk nak kemas balang kuih saya. Nasib baik plastik.


Thanks Leen for the visit, aku akan cuba usahakan untuk ke Semenyih pula! Insyaallah.

Sunday, September 27, 2009

Teaser.

Shila, kalo kau terer sila namakan watak-watak dan situasi gambar di bawah;


He he he he :D

Sunday, September 6, 2009

I Deserve.

I had a richful, mouth watering dish for buka puasa today. Yes people, after 16 days of fasting. Well, I have been watching my food intake ever since the succesful of my 3 days of detox programme, and I am in my pre-pregnancy weight. Weee :). This is the best diet I've tried so far since I am still consuming nasi putih for buka puasa and sahur every single day. However, moderation is the key.

BTW, I had lamb briyani which I think I totaly deserve it in due to:-

1) The sadness of saying goodbye to my sister. She moved to Kuantan this morning for working purpose alone, and she is 6 weeks pregnant now. My father and I were both very unhappy with the decision but we couldn't say much afterall she is under her husband's responsibility.

2) The tiredness of my shopping activity. Remember that I wanted to find a new curtain for the house? We have been searching high and low but couldn't find the exact pattern. It is either too boring or too expensive for a temporary house like mine. But we didn't went back home empty handed but with a bagful of clothes for Sarah. She already has a full wardrobe for hari raya alone! Btw, I love her tops that I got her from Mothercare. It's cute and the most important it is not pink anymore. Being a cardmember is an advantage for me as I entitled to get 20% discount. Such a good bargain for a quality clothing line. Mr husband promised me to buy me shoe for hari raya and I am so excited but turn out that the shoe that I have been eyeing for is out of stock!

3) I feel boring with my current layout. I want to change it to something simpler and crisp, but I am spoilt for choice like the wordpress theme.

With all the reason above, furthermore it is Sunday and I think that I deserve to have another round of lamb briyani for supper after this. See ya!

Wednesday, August 5, 2009

Kisah Cinta.

Permintaan bapak kali ini membuat saya sungguh terharu, beliau tidak kisah akan pohon rambutan yang sudah mengeluarkan bunga untuk di tebang, tidak hirau jika tidak dapat merasa lagi buah durian dari pohon itu malah tidak hairan dengan pohon limau purut yang sudah lama di belai.

Tapi,
Bapak minta supaya pohon kenanga ini supaya dipindahkan, tidak di hapuskan. Terharu saya mendengar penjelasan bapak, pohon itu di tanam oleh arwah emak ketika kami mula-mula pindah ke situ, di jaga, di belai dan disiram air beras tiap-tiap hari tanpa jemu.

Walau tahu yang peluang pohon itu hidup mekar semula adalah tipis, bapak tetap mahu mencuba. Saya tahu bapak sangat rindukan arwah. Sudah tujuh tahun tapi sayang dan cinta bapak tetap utuh. Sikap arwah yang sangat lemah lembut (yang mana saya tidak mewarisnya)dan disenangi ramai membuat bapak tetap merinduinya sehingga hari ini.


Saya pohon pada Allah, semoga pohon ini boleh mekar semula. Saya mahu bapak gembira.

Terima kasih bapak.


Sunday, July 19, 2009

The Friend's Wedding.

We attend two kenduri today and I was exciting, looking forward for the food. The first one in the morning was at my father's neighbour. Just a simple doa selamat but the foods were awesome! ;)

Later in the afternoon we headed to my Uni friend's wedding, Eddy at Pandan Lake Club. It was supposed to be our so-called gathering but most of us couldn't make it due to some circumstances. But I am glad to be there although we are not able to meet with bride and groom personally since they were too busy. However, I managed to spoke with the groom's mother and pass our present to her.

They have a black and white theme and it was beautiful.



Us ;)



Shila, I nearly wear the exactly same color of baju dan tudung biru like yours tau.

We were so tired and have to go straight home at 4 pm although at first, we planned to go to the mall. But too tired and sleepy and ending up all of sleep until 6 pm. Then bila woke up terasa lapar and mr husband asked me to cook.


Jadi masak yang senang dan simple saja lah.

Fries with chicken cheese scallop, baby sawi tumis dan ayam masak sos resepi suka hati.


Perfect!

Wednesday, September 10, 2008

My Mammut

Sarah,
mama dah tak backache lagi sebab dah beli Mammut. Mammut sungguh merah dan best. Mama sangat suka. Perhaps Sarah nak tengok cemana Mammut ni kan?

Ni lah dia, ini dari pandangan depan mama. Sarah yang dekat belakang tu dalam buaian.


Dan sambil-sambil ber blog dan pantau memantau Sarah nih, mama menikmati float dan coklat Crunchie, jadi bila Sarah dah besar dan baca blog ni, Sarah akan dapat jawapan kenapa mama tak berapa kurus.

Tapi, mama tahu yang Sarah sangat baik dan pandai mengambil hati mama lalu Sarah akan berkata " Mama lah orang yang paling cantik dalam dunia ni tau" . Betul kan?

Wednesday, September 3, 2008

The Day That I Felt Extremely Angry

I so hate today. There goes my pahala berpuasa for today. Cursing this fella all the day long. Begini ceritanya. My hush puppies kasut kerja yang baru di beli 3 bulan lepas, was bitten , koyak by our neighbor's dog. This melayu ( i wonder why he needs to bela the anjing) neighbor is also my cousin. Before this, ramai dah yang dah complaint. Come on, kita dekat melayu community and muslim lagi. But this stupid cousin takde sensitivity langsung. Duk biar anjing dia berlari-lari, masuk kawasan rumah orang. The most affected house is ours since we are the nearest. This dog (konon nama Tony) suka lepak depan pintu dapur, imagine aku takleh nak bukak pun pintu tu..takut + geli, dia juga suka menggesel2 kan badannya di dinding rumah ku. And the worst pernah ternampak dia menggesel2 kan badannya pada baju2 kami yang bergantungan. We have complaint about this to the stupid cosin, and guess what his answer is.. Ala, kalo dia datang, baling aje dengan kayu atau batu.. Bodoh betul! Pernah my hubby's Fila kena bawak lari dek Tony tapi tak koyaklah, ada kesan cakar. Tapi korang selera ke nak pakai kasut kena air liur anjing..Eeeii najis mughalazah.
So yesterday's night, my hubby baru balik then dia nampak kasut sepah2 kat luar which is totally not our attitude kan, so he, without expecting anything pun susun ajer kasut tu sebab gelap kat luar tak nampak apa-apa. And malam tadi yours truly mimpi bunuh orang, tak tau apa maksudnya. Sekali pagi tadi nak gi keje, capai kasut dari rak, tengok dah rabak sebelah dan bertanda tanah.
Nampak tak bahagian yang rabak tu??
Ni pulak belah kanan. Nampak kesan tanah.
Pandangan Atas Defek
Pandangan depan. sungguh keji.
Ciss.. ni mesti kerja Tony, anjing sepupu ku yang bodoh. Serta merta darah dah mendidih. Nak nangis pun ade. Yelah, kasut harga 2 rat ++, baru pakai 3 bulan dah rabak. Sebab dah lambat, tak sempat nak moody lama2. segera cari kasut lain kat rak dalam rumah. Pakai lah Scholl yang dah usang tuh.


Then I called his wife this morning:
Me: Hello, kak zai. tengah buat ape tu. busy ke..
She: Tak busy. Tengah tengok budak2 ni ha..kenapa?
Me: Takde, nak cakap sikit ni, jangan marah lah. Saya rasa Tony gigit kasut saya semalam sampai koyak. Pagi tadi nak pi keje dah takde kasut.
She: Ye ke, dulu kasut awang( my hubby) yang kena. Tak tahulah kenapa Tony ni suka sangat dengan kasut, Kasut budak2 kat rumah ni pun semua habis.. ( Ada aku keesssah..??)
Me: Tu lah, Ni lah nak cakap ni.
She: Yerlah, nanti akak cakap dengan abang izam (cousin aku yang bodoh tu)
Me: Yer lah.
Then terus hang up. Me still rasa tak puas hati sebab tak dapat nak let her know everything yang tersirat kat hati yang tengah marah. terus sms dia.
"Kak zai, kami mintak tolong sangat ikat Tony sebab dia selalu menggesel2 badan kat dinding, pastu kena kain kat ampaian. Kami tak berapa senang hal ni. Minta maaf banyak2 kalau terasa hati" Tengok aku pulak yang siap minta maaf.
And tonight, my hubby akan bercakap pulak dengan cousin aku tuh. Tengoklah nanti jadi cemana. I don't really mind kasut yang koyak tapi dia mesti ikat Tony. supaya orang lain tak kena macam kami. But he seems to ignore lah kitorangnyer complaint. Petang tadi balik kerja, nampak Tony berlari2 lagi. Bodoh betul.
To my stupid cousin, semoga Allah memaafkan dosa anda yang membuat orang lain susah. Tapi, kami personally, TIDAK memaafkan anda atas apa yang berlaku sebab ia melibatkan najis mughalazah. Sekiranya tanpa kami sedari ada bahagian Tony terkena kain baju kami yang diguna untuk buat sembahyang, anda tanggunglah semua dosa-dosa kami. wahai cousin ku yang tak reti bahasa. Baru jadi AJK parti *K* dah eksyen lebih. konon macam bagus.
Lebih baik aku berjiran dengan non-melayu. walaupun bela anjing lebih sensitif dengan surrounding. If takde perubahan, i'll go extra mile to ensure anjing tu diusir jauh-jauh.
There goes my pahala puasa untuk hari ni. Semoga Allah memaafkan dosa saya. Yang Elok itu datang dari Allah, Yang buruk semuanya dari saya.

Tuesday, August 26, 2008

The Day That I Think My Car Attracts More and More People

I think my car attracts people. Sorry, saya bukan perasan tau tapi memang betul. Be it the police traffic, JPJ ke atau driver yang lain. With the fact that i am driving a merah menyala 3 door competitor's car, people have a different perception towards me like for them, since i am driving that car, my behavior or style should be like this or like that. There was once masa i worked at NEC dulu, my male colleague did asked me whether i joined any sports activity organized by the company. When i said no, his replied was " Ingatkan agresif dan sporty macam kereta jugak.." My oh my... Not to mention usually at traffic lights people will stare at my car and look for the driver. I feel very annoyed at most times. Tu belum lagi if the police traffic yang kawal jalan pagi-pagi on the way to my office, mesti kereta aku yang dia tahan untuk stop. Agaknya polis ni dapat tengok kaler merah ajer kot. Yang paling tak tahan tu, dah 3 kali kena tahan dengan polis dan JPJ masa mereka buat road block. Sekali tu, dia cuma check IC aje. Hello, saya ni tak nampak macam bawah 18 tahun OK! Yang kedua kali, polis membebel pasal my tinted cermin. Mana ada gelap. Saja cari pasal. Dua-dua ni lepas lah, tak kena saman. Tapi yang paling tak tahan sekali semalam. Nak masuk ke tol Rawang, ada lah pulak road block.
Hati dah berdebar..Dupdapdupdapdupdap.. Macam kena tahan je (cakap dalam hati).
Sekali betul daa, tekaan. Kena tahan. Then, datanglah sorang polis muda (hensem jugak)terkedek-kedek. Lepas tu, dia boleh nampak pulak lampu brake tak menyala. ah sudah.. habis aku. Maka bermula lah sesi soal jawab dengan en polis.
En polis: Kenapa lampu brek tak menyala.
Me: (Buat muka terkejut. Padahal dah tau lama dah, tapi tak tuka2 lagi) Eh, ye ke encik? tak perasan la. sorry!
En polis: Mana boleh sorry nih.
Me: Ala encik, takkan tak boleh lebih kurang. Saya baru repair sabtu lepas, ok jer, mana tau jadi balik (Tipu pulak tu!)
En polis: Lebih boleh, kurang tak boleh! (aik, lain macam aje.. nak kena hulur ke ni?hihihihi). Awak ni keje mana? (sambil mata memandang logo company kat uniform) Oh, keje PER*2, awak jual kereta ke?
Me: Tak cik, saya duk opis jer.
En polis: Kalau jual kereta, boleh lah saya tolong. Bak sini IC dan lesen.
Me: (merayu lagi dengan memberi senyuman yang paaaling manis) encik, tolong lah encik...
En polis: Awak ni duduk kat mana?
Me: Kuang
En polis: Raya nanti saya datang rumah boleh? (sambil dia menulis alamat rumahku di atas kertas).
Me: Haa??? (alamak, lain macam ni..)
En polis: Boleh ke, tak boleh?
Me: (senyum je.., terpaksa layan beb, kalo tak kena saman)
En polis: Nah, amik ni. lain kali jangan buat lagi. Gaji banyak tapi tak nak tukar lampu brek.
Me: Tak encik, gaji saya tak banyak, saya kerje kuli aje.
En polis: Eh, menjawab pulak. Dah pergilah.
Me: Aaaa?? Jadi tak kena saman ke?
En polis: Awak nak ke?
Me: Tak nak..Mekasih en. polis..(sambil berlalu pergi)
Huh, I wasted my 10 minutes mengedik-gedik kat tepi jalan. Lambat amik Sarah semalam. See, sebenarnya takde ape pun. Masa polis tuh tahan, mana dia dapat detect my brake light was malfunction sbb mende tuh kat belakang. I told my hubby and his reaction was, "ala, polis tu nak mengurat mama tu" Please lah!
Sometimes, other drivers especially MALE gave me a stare or a look bila aku drive tak betul. Tolong lah, no matter what car i drive, i am still a female driver who admit that sometimes lousy jugak.
Ini baru drive local car, kalo drive EVO ka, Skyline ka dan drive 60km/h mesti dapat tohmahan yang lebih keji lagi kan.. Apapun, kereta saya, sukati saya lah!

Monday, August 25, 2008

The Day That I Give Up on Breastfeeding

Yes, i gave up on breastfeeding. It has been 1 month since i tried many things to relactate again. I tried many ways i.e taking prescribed pills, milkmaid tea, drink lotsa water, eat very healthy food, drink milk, berurut, makan kobis, sawi, lobak putih and whatnots.. i even pump my breast every other night to stimulate my breast due to the "sucking" effects since Sarah no longer want it. Just because I don't breastfeed my child anymore, and that makes me a bad mom? It is not that i don't want to but i just couldn't produce milk anymore. Is there any other way aside from all the stated above that i miss or not yet to try?
When all else fail, I shall raise my white flag.
Sarah, mama wants to apologize to you for not being able to bf you and to provide you with the most nutritious food that 4-month old baby should have.

Sunday, August 10, 2008

Cooking Out on Sunday

I hardly cook on weekdays because it is too tiring to cook after come back from work. So on weekend I will cook our favorite dish (favorite ke? OH have no choice but to eat it..hehehehe..). When there was only two of us, I can cook anything, anytime I want but not now. Sarah wakes up every 8.30 am, bathe at 9.00 am, feed and bring her outside (she loves the morning sun, kalo tak kuar merengek-rengek) until 10.00 am. Then, go to sleep and wakes up at around 10.30 am ~ 10.40 am. Time is too short that I don't even have the opportunity to clean the veggies, fish and what nots.. Nowadays, I can only cook simple dish with this limited of time. So today here what I cooked. Oven Baked Tandoori Chicken with Tomatoes, Sambal Udang Petai, Ulam Timun, Tomato dan Telur Masin.

Simple but yet tasty (at least to my OH). ;P

And today, Sarah cried a lot. I don't know why. Sarah asik nak dukung aje sampai mama dah tak larat. Last2, letak jer kat bawah biar dia menangis. Sorry sayang, tapi tangan mama dah lenguh sangat. Pastu, sempat snap pic sarah tengah nangis..Eeeiii, tak malu..

Mama..Dukunglah kita... Waaaa...


Muka lepas nangis..Eeeii comot!

Aktiviti yang kita suka skrg ni, Hisap tangan. Nasib baik tak luak, kalo tak dah separuh tinggal tau..

Wednesday, July 9, 2008

Work and 2-Hour Shopping Spree.

Hari ni,saya pergi genba. Pergi dengan assistant saya, Didi. Saya kena bagi exposure pada dia, supaya lain kali bole perform genba sendiri. Kali ini pertama kali saya ke service dealer.Sebelum ni, asyik pergi branch aje. Bulan ni, tukar angin! lagipun,saya kena tolong mereka, improve certain area. Supaya akhir tahun, bila KRA review, area saya ok dan mudah- mudahan bonus pun extra lah.hahahaha..
Genba tadi kejap aje. Pukul 1 dah habis sebab mereka memang bagi cooperation. Terima kasih lah kepada mereka. Saya happy dapat visit service centre tu.
Lepas tu kami pi singgah Sogo sekejap. Sale tengah gile. Saya ambil kesempatan untuk beli Sarah punye rattle, spare Avent-nyer puting dgn pillow case. Other than that, sempat beli scarves dekat Turkuaz Boutique. Colleague saya kata , dekat situ scarves dia corak unik, cuma agak mahal sikit. Saya frust sebab last week, pergi beli scarves RM 10 sehelai, end up tak boleh nak pakai pun. Susah nak dibentuk. Sebab frust, saya terus rembat 4 helai tadi. Rasa puas dan berbaloi. Didi sempat beli sepasang kasut. Kami sekejap je dekat Sogo, nak cepat balik opis sebab takut hujan lebat. Maklumlah, sekarang ni kat sg choh mesti hujan lebat dari tengahari sampai ke petang.
Tepat jangkaan kami, dalam perjalanan balik hujan turun selebat-lebatnya. Saya drive dengan perlahan sebab takut. Tayar depan saya belah kana dah botak. minggu ni other half kata nak tukar kan. Sampai opis, hujan masih lagi lebat. Berlari kami dari car park ke main entrance. Kuyup jugak lah.
Masuk opis pukul 4.30 pm. setelkan keje yang pending. Saya rasa syukur sangat sebab dapat assistant yang bagus. Buat kerja cepat dan detail. Masa saya maternity leave dulu saya tak risau langsung tinggalkan kerja pada dia sebab saya tahu dia boleh buat. Bagus-bagus, mana lah tahu kalau saya nak 'berhijrah' ke tempat lain, tak delah pincang sangat sebab saya dah groom dia elok2. Bos patut berterima kasih dengan saya kan.
Sometimes saya rasa bosan jugak dengan kerja sekarang. Tapi tengoklah, kalau ada rezeki lain. mungkin saya lari.. hahahah... (saya tahu bos saya tak akan baca blog ni, sebab tu saya tulis)

Thursday, July 3, 2008

PC oh PC!

It's been a while since i last updating this blog. Reason why puan-puan is because my PC (yeah, the bulky desktop that my bf(now my other half) bought me during my uni days) and modem CRASHED. And oh yes, crashed kerana dipanah petir TWICE within TWO weeks after the last repair. Nasib baik the pc guy is very bermurah hati to repair it at no cost and siap hantar ke rumah dan install kan semula. And nasib baiklah the TM technician at my area is very competent. Report hari ni, besok pagi2 call nak hantar modem. Tapi kali ni, dia tukar modem dengan warning. Kalau kami tak jaga modem elok2, next time dia nak buat lambat2..Biar padan dengan muka kami.
Banyak cerita nak update sebenarnya especially about majlis bercukur jambul sarah. tapi gambar tak upload lagi kat PC. Later lah cerita. Ini pun curi-curi masa nak blog sambil mata memantau sarah. Btw, sarah baru lepas minum susu. Tadi tengok dia sudah pejamkan mata, tapi sekarang dia dah bangun. Siap lah! mama kena bersedia..