Sunday, December 5, 2010

Membebel Secara Rawak.

Seminggu ni sungguh saya meroyan. Dengan suasana kerja yang suam-suam kuku, perkara biasa bila dah akhir tahun, orang ramai bercuti dan yang nak kejar target berhempas pulas jadi yang jadi mangsa ini lah dia, saya. Mahu tak mahu ikutkan saja, walau air liur dah habis membahaskan the pros and cons but oh well, the boss wins!

Sungguh saya tak faham kenapa sesetengah makhluk perempuan ni suka sangat bercerita hal-hal sulit dalam kain secara openly. Over lunches, waktu santai and oh pelis, jangan ingat kalau status sudah berkahwin maka saya suka sangat nak cerita hal-hal begitu? Saya malu dan tidak suka serta tidak mahu tahu apa2 yang berkaitan pun pasal itu faham. Better keep to yourself saja. Ngerti?

Tiba-tiba modem went kaput, telefon TM sampai 3 kali sudahnya bila technician TM sampai on friday afternoon tak buat apa pun. Datang sampai 2 orang sekali, tapi part tak ready. Nasib baik datang balik semalam terus fix the problem. Tapi tu lah, sejak hari tu network ni ada limited connectivity pulak, which is tak pernah-pernah jadi gini. Tell you, streamyx line kat sini adalah terbaekkk.... pakej 512Mbps je tapi lajunya Masyaallah!


I curse pakcik ajen masukkan air, indon yang kita upah untuk repaint balik cat luar, sukati korang je lah nak buat korang buat, bila tak nak korang cakap tak nak. Siap main tipu-tipu lagi. Ko ingat aku takde duit nak bayar? Mentang-mentanglah kami ni selekeh je, kereta cabuk so ko ingat rumah tu ehsan mak bapak, apa ko ingat aku ngan laki aku tak berhempas pulas simpan duit, tahan nafsu membeli. Dah berapa lama aku tak membeli belah?Apa ko ingat orang muda tak boleh nak kumpul duit buat rumah sendiri ke? Ko ingat tak sadis ke nak mencukupkan duit nak buat rumah tu, apa ko ingat rumah tu harga rm2.48 je ke.................

Dah beli segala mak nenek pencuci lantai untuk kasi tile kilat. Tolonglah berkilat! Aku dah habis sampai seratus lebih beli scrubber, Mr Muscle sampai 3 jenis, gloves lagi konon-konon nak jaga kulit tangan dan macam-macam lagi khas untuk mencuci lantai. Tolong lah.

Mulai minggu ni kerja aku dah takde lain dah tiap-tiap minggu nak kena pergi rewang kenduri. Penat okay.

Sekarang ni aku takde mood nak masak, jadi pilihan kami mestilah kedai. Sorry lah awak, saya malas.

Ok. Sudah lega!