Anak ke 2, saya kena berpantang sendirian. Maklumlah, mak dah takde and MIL pula sakit. Alhamdulillah bersalin kali ini tak banyak kena jahit. In fact dari hari pertama lagi tak rasa sakit kat bawah, jadi mudah nak bergerak kesana sini.
Minggu pertama, Mr husband bercuti dari kerja selama seminggu tapi dia tetap kena running errands here and there, dia lah yang buat semua kerja rumah. Mujur Mak Ros selama seminggu itu juga datang setiap pagi dan petang tolong mandikan Sophia. Oh ya, Sarah tetap dihantar ke rumah Mak Ros untuk bagi ruang pada saya untuk lebih lama dengan baby, dan to ensure Sarah tetap terjaga dari segi makan minum dan perasaannya. She is a jealous sister.
Menu makan macam biasa, sup ikan or ikan goreng or ikan bilis goreng, sup sayur dan makanan biasa yang orang berpantang lain pun makan.
And saya telan pati ikan haruan polleney tu. Seriously, rasanya takdelah seburuk yang disangka! Boleh telan lah jugak.
Minggu kedua, mr husband dah mula kerja balik. Dia bangun seawal pagi siap-siap masak, basuh baju dan kemas rumah, mandikan Pia, hantar Sarah dan baru pergi kerja. Dah tinggal berdua dengan dengan Pia. Pia ni boleh lah dikatakan easy baby if compared to her sister masa saya pantang. Most of the time dia tidur aja. Jadi aktiviti saya seharian adalah tengok tv, pam susu, baca magazine and surfing the net. Bila petang, angkat kain dan lipat pastu mandikan Pia. Masa minggu kedua ni jugak saya kena sakit mata. Like sakit sangat. Hazab rasanya bila Dr tak bagi saya cium Pia takut boleh jangkit. antibiotik dan ubat mata dan juga hand sanitizer jadi BFF.
Minggu ketiga which is this week, dah tak rasa macam orang berpantang dah! macam dah rasa sihat. Haha, tapi makan still pantang, Oh semalam saya cuba makan ayam sikit dan hasilnya terasa gatal di 'situ'. Ngeri tau. and yes saya dah keluar shopping hari tu, shopping untuk roof tile. Mr husband pi order roof tile yang corak tak menepati citarasa saya, terus dia cancel order and petang tu kitorang gi kilang atap kat Rawang untuk re-order semula. Scary ok dapat wife macam ni. Bukan apa, rumah tu nak duduk lama jadi tak boleh saya nak tengok atap dia kalau tak berkenan.
And oh, semalam kami bawak Pia pi jumpa paed sebab dia ada ruam badan. Paed buat thorough check sekali untuk check lung dan mata and Alhamdulillah adalah normal.
Tak sabar nak habis pantang sebab nak pi shopping, bukan untuk saya tapi for the kids. Kesian Sarah seluar dah banyak senteng...(sedih di sini). Tapi bila habis pantang means that nak kena naik office cepat. Takmo...Berat badan saya pulak menunjukkan pernurunan yang sedikit sekarang. **Stress**
Ok sambung cerita Sarah dan Pia later.
No comments:
Post a Comment