Khamis, 10 June 2010, 5.30 pm: Ada air keluar sikit, warna jernih. tapi sikit sangat. Mula dari saat tu, ada mild contraction every 10 mns. Tapi boleh tahan lagi lah. Kalau berterusan, decide nak pi klinik esok pagi (hari ni, jumaat)
Jumaat, 11 June 2010, 3.30 am: sepanjang malam takleh tido. Bangun pi toilet, sekali ada discharge kuar dengan darah. Terus nervous, dan terus contraction yg tadi mild aja jadi makin kuat. Kejutkan mr husband soh hantar pi klinik jugak sebab dah kuar darah.
sampai klinik, nurse pun wat CTG dan check bawah. sangat surprise sebab tak bukak langsung and baby masih tinggi. Tapi contraction dah menggila. Dr kamal pulak takde, dia dah bitau siap2 hari Isnin hari tu yang dia akan bercuti dari Khamis sampai Ahad. Penggantinya ialah Dr Raja. Nurse advise suruh balik dulu and monitor baby movement and air ketuban pecah atau tak, dan kalau contraction nak bersalin gile baru datang. Sebabnya, kalau Dr raja check nanti tak bukak lagi dia akan advise suruh balik jugak later on. Kalau Dr kamal, dah sakit camni, dia akan bagi option nak induce atau tak lah... kalau dia ada, memang saya dah induce pagi tadi.
SO, balik lah kerumah semula pukul 5pg. Nasib baik dekat aja. Cuma memang takleh tahan sebab sakitnya tahap dah menggigil nih..Tapi saya tahu yang ini bukan sakit nak bersalin sangat-sangat. Kalau dah nak bersalin, nak tulis blog tak mampu dah.
Sekarang ni tiap kali rasa sakit, saya tarik nafas panjang-panjang. Please baby, kalau awak betul2 nak keluar, tunggulah sampai Ahad, bila Dr kamal balik..... Takut juga yerlah all this while kita check up dgn Dr kamal, sekali yang tukang sambut dan jahit Dr lain pulak.. Tapi kalau dah takdir takde rezeki di situ, saya redha jer..
BTW, pagi tadi tgk ada 4 baby dekat nursery. Saya tanya nurse, suma tu Dr kamal yg sambut before dia cuti and mak drg yang due date around my time memang minta induce cepat2 sebab takut time nak beranak, Dr kamal dah takde...
Adoiyaii..tolonglah stop wahai contraction.
4 comments:
baby your mum is not ready for you yet!
semoga semuanye berjalan lancar..huhu..nnt jgn lupa msg kao dah deliver..hee
sabar k.. aku doakan ko and baby slamat..
beb,
let me know kalau baby dah pops out, yea.. ~
Post a Comment