Saturday, September 5, 2009

Sini Situ Sarah Sini

Sarah sudah hampir ke setahun setengah. Kurang pula bercerita pasal Sarah lately nih. Asyik bercetita pasal perihal mama saja.

BTW, as of now she is one active girl. panjat memanjat, guling mengguling dan memang tak menang tangan dan kaki untuk menangkap dan mengejar dia. Cheeky girl too she is. Trademark nya senyum nampak gigi 4 batang itu.



Sarah juga suka panjat belakang kami, main henjut-henjut. Sabar ajelah. Luckily papa selalu offer main jongkat-jongkit kaki sendiri. One of her fav tu...




Oh, sekarang dia sudah pandai demand to be put in her highchair. Sejak puasa ni, almost everyday dia akan accompany us di meja makan untuk bersahur dan berbuka (setiap hari). pukul 4.30 pagi kita bangun dia pun sibuk nak bangun dan makan sekali. Siap tadah tangan untuk berdoa sekali. Kalau dia dengar azan maghrib, cepat-cepat tadah tangan untuk baca doa berbuka. Sangat comel.


Kalau waktu kami solat, dia akan duduk dan tunggu di tepi sejadah dan aminkan doa bersama-sama setelah selesai. Yang paling kelakar bila dia tak sabar-sabar untuk bukakan kain saya sendiri. Setiap kali selepas buka telekung mesti Sarah yang akan lucutkan kain saya. hihihi. Cepat-cepat nak ajak mama main kan?



Tapi, Sarah seperti tidak boleh berenggang dengan pacifier dia. Kalau kami sorokkan, dia akan cari bawah bantal, katil ataupun celah-celah sofa sambil menonjolkan emosi sedih. Macam mana mahu menjarakkan puting ye. Ada siapa-siapa boleh share?

Kadangkala, kenakalan Sarah buat kami hilang sabar. Sekarang dia sudah mula selongkar laci meja solek. Paling suka main tabur-tabur bedak, keluarkan cotton bud satu-satu setiap hari dan buang ke luar tingkap, main peralatan memasak macam tapis, jag plastik dan mangkuk. Selongkar beg kerja saya sudah jadi rutin harian, main kunci kereta dan selongkar wallet papa. Kadang-kadang selamba dia buang duit ke luar tingkap. Memang salah kami sebab tak letak di tempat tinggi tapi kadang-kadang terlupa. Yang paling menggeramkan, Sarah sudah patahkan spec saya. Kemudian saya buat yang baru dan baru keluar dari kedai 2 minggu lepas. Pagi tadi bangun tidur tengok spec dah takde. Tapi saya sudah letak ditempat tinggi. Rupa-rupanya dia tengah main sambil nak mengangkangkan kaki spec tu. Macam nak luruh jantung. Yelah, spec yang tiada jenama itu pun harganya sudah empat ratus lebih. Tak sanggup saya nak buat semula.

Apapun, setiap perilaku Sarah itu sebenarnya adalah proses tumbesaran dan pembelajaran dia. Tapi ye lah, as a normal parent (tanyalah mana-mana parent pun) memang tak lari dari rasa geram dan mengeluh sendiri. Bila kita mengeluh tu, bukan maknanya kita nak menyekat dia tapi cuma luahan rasa sahaja. Setiap ibu bapa itu sudah tentu mahukan anak mereka menjadi yang terbaik, terpandai dan terhebat dalam apa jua pun. Jadi tidak perlu lah compare dengan apa yang (baik-baik sahaja) ditonjolkan di idiot box itu.


Sarah semakin besar, saya akan rindukan dia satu hari nanti. Gelak manja, aksi lincahnya tak mungkin dapat ditandingi oleh apa jua pun. Dan pada saya having a kid is the best 'thing' ever happen to me.

6 comments:

Unknown said...

Askum, salam perkenalan... memang kiter akan rindukan moment² anak kiter pada usia masih baby lagik... Mcm hadzeq skrg dah 2 thn setengah... Dah jd big Brother dah... So, bau baby pun dah hilang... Nie yg usaha nak baby lagik nie...

p/s: Makan DUSPHASTOn tu menggemukkan x? RIsaunyer nak makan.. hehe... So, lepas awk makan tu, mang awk 'make love' pada hari yg ditetapkan ke camne? Sorry bertanya.. heheh

The Moon Hapiz said...

hi.. salam perkenalan. n jgn lupe add saye dlm list followers. click ads nuffnang pun jdk aa.. tambah pendapatann.. :) by the way, Ya Allah Sarah nie nmpk sgt2 la comel.. teringt plak saya kt anak buah saye yg tunggal tue.. Jaga si Sarah baik2..:)

saisyahk said...

to shiemz: Salam. makan duphaston tu tak menggemukkan lah. rasa mcm biasa saja. Btw, my gynae kan dia prescribe kan duphaston along dgn pregnyl injection and instruct us to make an intercourse on certain days.. Nantilah, insyallah saya buat one entry about it. Really helpful.

to The moon Hapiz: Hi, salam kenal. thank you. will link you up too..

~aboto~ said...

wow, artikel on birth control..
cepat laa sket.. nak tau gak untuk reference.. muahahahaha

~lalala~

btw, cumilnya Sarah!!
nice pics!!
guna kamera baru ka? :p

saisyahk said...

to Abot Lin:
Itu bukan for birth control. Itu aku nyer treatment to get Sarah dulu. Apparently, I am not so lucky like you but the treatment works well to me..

guna 1000D ler...

The Moon Hapiz said...

heheh.. baca lagi cerite pasala sarah nie.. 2 kali da..:)