Takdelah seberapa pun, tema tahun ini ialah warna kuning cair. Ia di pilih berdasarkan kain baju kurung Sarah, sebab saya berkenan betul cotton corak bunga kuning itu. Rasanya, kalau Sarah pakai tentu sweet sekali.
Ada cerita di sebalik pembelian kain-kain itu.
1) Saya baru tahu yang cotton ni ada banyak jenis. Selama ini asyik ingat yang cotton itu adalah murah. Rupa-rupanya tidak sebab ia ada banyak jenis. Macam dekat Jakel, adalah yang harga RM 4.50 semeter tapi mak aaiihhh..punyelah keras. Then, ada yang Rm 20 dan RM 33 semeter. Tapi kainnya lembut dan sejuk. Berbaloi dengan harga. Bila fikir-fikir, kalau beli dress untuk Sarah pun, harga lebih kurang sama. Jadi settled for that. Berbaloi pada saya.
2) Kain saya pula, sebenarnya harganya adalah 3X. selepas diskaun, jadi 2X. Siap dengan free lining sekali. Sekali bila bayar, dan dapat resit tengok-tengok cashier salah punch. Dia punch harga X. Saya mula-mula confuse sebab dah keluarkan cash, tapi bila bayar much lower than expected. Hihihi. sukeee... Bukan salah saya kan? dan saya percaya En Jakel pun tak marah..ngeeeee...
3) Kain mr husband pula, telah membuatkan dia menjengilkan mata beberapa kali kepada saya. Padan muka saya. Suami saya itu kan, cukup kuat berpeluh. Nasib baik tiada bau badan. Cuma kesian kalau tengok dia berpeluh lebih-lebih lagi bila pakai baju melayu. Jadi saya nak carikan (oh, bab-bab kain dia serah sepenuhnya kepada saya beserta ongkosnya) kain yang selesa, yang sejuk di pakai. SA (di Jakel bagus-bagus lah) itu promote kepada saya macam-macam jenis kain. Ada satu tu jenis Icy snow apekebenda tah. Design baru. Saya berkenan, walaupun harganya RM30 semeter. Tau-taulah kalau nak buat baju melayu kena pakai berapa meter kan? Tapi, suami saya tu kan being thrify jadi kena tanya dia dulu. Amboi bila di tanya menjengil mata dia pada saya. Walau saya convince dia pun tetap tak mahu. Nasib baiklah kain saya dia tak sekat. Lastly, settled for RM 16 semeter saja. Okay juga.
Yang ini untuk di pakai pada hari raya kedua, ketiga, so on and so forth. Tapi saya beli juga cotton yang RM 4.50 semeter untuk Sarah. Tu yang hujung kaler merah samar tu. Saja nak try. SA itu kata, kalau basuh dengan softener dia akan jadi lembut nanti.
Kain dah setel. Now nak hantar to tailor pula. Sepatutnya petang tadi tapi tailor saya adalah busy jadi minggu depan sudah. Jangan last minute cancel ambil tempahan sudah lah ye. Saya sedang bersemangat untuk matching-matching nih. ;D
2 comments:
Hi kak :)
Saya belia siap je baju raya. Hehe. Teringin sangat nak buat kurung moden yg mcm2 pesen skang..Tp nanti2 lah :)
Hi reena,
baju siap pun senang juga kan? tak payah nak hantar ke tailor bagai dan ada macam2 design sekarang.
Post a Comment