Saturday, June 27, 2009

My Blissful Saturday

Sabtu yang sungguh bliss, pada saya. Sudah berpakat dengan mr husband yang hari ini mesti bawa saya keluar shopping kasut. Kasut kerja saya sudah lusuh, sudah torn, sudah nampak tidak formal dan sudah nampak buruk lalu menyebabkan hati rasa gelisah. Alhamdulillah, ada rezeki lebih, maka bolehlah membeli sepatu idaman.

Saya memang mengalami masalah untuk membeli kasut kerana size kaki 8. Ditambah pula dengan masalah hiperhidrosis, maka melengkapkan kesukaran untuk membeli kasut. Kalau nak beli kasut, kriteria yang mesti adalah, bukan jenis muncung tajam tu. Kaki yang sedia panjang bila dipakaikan kasut sebegitu, Ya ampun. Hodoh sekali. Then, kena tengok insole pula. Materialnya mesti yang breathable, kalau tidak, habis berbau kaki kerana peluh. Dan material untuk kasut sendiri mestilah leather untuk keselesaan yang maksimum. Oooh, dan juga tidak terlalu tinggi. Lebih bagus jika wedges type because I am a wedges girl.

Jadi, untuk memenuhi kriteria itu, saya hanya boleh dapat dari Hush Puppies atau Clarks sahaja. Adalah juga cuba Bonia tapi the design is too ordinary. Tapi kan, Hush Puppies bukan semua saya boleh fit depending on the patern. The biggest size is 8 dan disebabkan patern kasut sekarang banyak kecil didepan, maka saya tak muat. Sangat frust ok! Jadi hanya settled for Clarks sahaja.

Saya minat betul dengan yang ini.


Tapi rasanya dekat Malaysia takde lagi kut. Tak pernah jumpa. Pics taken from the web ya.

Yang ini pun. Pernah nampak di store tapi tadi tiada stok. Frust betul!

Ini kategori kasut casual. Sangat minat especially kerana ia adalah wedges type.

Dan akhirnya, hanya beli yang ini sahaja.

Oklah, dimata saya. Walau saya tau buckle tu sebenarnya menyusahkan sebenarnya. Tapi inilah design yang paling hampir dengan kriteria saya. Yang penting saya selesa.

Kenapalah Clarks dekat Malaysia very unlimited design dan mahal pula? Dan kenapalah Clarks UK tak buat delivery kesini? Mesti hidup saya lebih ceria.

Bukan saya saja membeli kasut. Sarah pun dapat sebab kasut-kasut dia sudah ketat. Kasut Sarah beli di Bata sudah sebab kerap bertukar ganti. Oklah, design Bubblegummers pun comel juga dan selesa. Murah pula tu. And sekarang saya sedang berjinak-jinak untuk membeli skirt untuk Sarah, supaya nampak lebih girlish. Asyik pakai seluar aja.

Oh ya. Tadi kami had lunch di Restoran Nasi Padang Sari Ratu. Kalau pergi ke Giant KD, asyik tengok aje kedai tu. Jadi hari ini kami cuba. My verdict, sangat sedap. Seriously sedap. We tried Waroeng Penyet before tapi itu macam so so aje. Those yang nak cari nasi padang, really recomended this place lah.

Itu saja activity hari Sabtu. Hari ini sangat bliss. Hari anda pula?

Thursday, June 25, 2009

Something Fishy Is Going On.

My husband has just started another small project. This one is more like for fun only since he got them with a very steal price from a friend.




I always love eating catfishes or 'ikan keli' or any ikan sungai. But recently, I read somewhere that they were fed with dead animals like a dead cock and even a pig by the owner. and ever since that day, I stopped eating them.

So, having him to monitor those fishes are just awesome because I know that they came from a trusted source.


And no one is happier than our child. She just loves them.



Can I swim together with those fishes mama?







The baby fishes



Story telling by papa and Sarah seems to concentrate on it.








and we have to carry her home because she want to stay there all day long.

Sunday, June 21, 2009

Kain Raya Updates

As in previous entry, tadaaa...

Takdelah seberapa pun, tema tahun ini ialah warna kuning cair. Ia di pilih berdasarkan kain baju kurung Sarah, sebab saya berkenan betul cotton corak bunga kuning itu. Rasanya, kalau Sarah pakai tentu sweet sekali.



Ada cerita di sebalik pembelian kain-kain itu.

1) Saya baru tahu yang cotton ni ada banyak jenis. Selama ini asyik ingat yang cotton itu adalah murah. Rupa-rupanya tidak sebab ia ada banyak jenis. Macam dekat Jakel, adalah yang harga RM 4.50 semeter tapi mak aaiihhh..punyelah keras. Then, ada yang Rm 20 dan RM 33 semeter. Tapi kainnya lembut dan sejuk. Berbaloi dengan harga. Bila fikir-fikir, kalau beli dress untuk Sarah pun, harga lebih kurang sama. Jadi settled for that. Berbaloi pada saya.

2) Kain saya pula, sebenarnya harganya adalah 3X. selepas diskaun, jadi 2X. Siap dengan free lining sekali. Sekali bila bayar, dan dapat resit tengok-tengok cashier salah punch. Dia punch harga X. Saya mula-mula confuse sebab dah keluarkan cash, tapi bila bayar much lower than expected. Hihihi. sukeee... Bukan salah saya kan? dan saya percaya En Jakel pun tak marah..ngeeeee...

3) Kain mr husband pula, telah membuatkan dia menjengilkan mata beberapa kali kepada saya. Padan muka saya. Suami saya itu kan, cukup kuat berpeluh. Nasib baik tiada bau badan. Cuma kesian kalau tengok dia berpeluh lebih-lebih lagi bila pakai baju melayu. Jadi saya nak carikan (oh, bab-bab kain dia serah sepenuhnya kepada saya beserta ongkosnya) kain yang selesa, yang sejuk di pakai. SA (di Jakel bagus-bagus lah) itu promote kepada saya macam-macam jenis kain. Ada satu tu jenis Icy snow apekebenda tah. Design baru. Saya berkenan, walaupun harganya RM30 semeter. Tau-taulah kalau nak buat baju melayu kena pakai berapa meter kan? Tapi, suami saya tu kan being thrify jadi kena tanya dia dulu. Amboi bila di tanya menjengil mata dia pada saya. Walau saya convince dia pun tetap tak mahu. Nasib baiklah kain saya dia tak sekat. Lastly, settled for RM 16 semeter saja. Okay juga.


Yang ini untuk di pakai pada hari raya kedua, ketiga, so on and so forth. Tapi saya beli juga cotton yang RM 4.50 semeter untuk Sarah. Tu yang hujung kaler merah samar tu. Saja nak try. SA itu kata, kalau basuh dengan softener dia akan jadi lembut nanti.

Kain dah setel. Now nak hantar to tailor pula. Sepatutnya petang tadi tapi tailor saya adalah busy jadi minggu depan sudah. Jangan last minute cancel ambil tempahan sudah lah ye. Saya sedang bersemangat untuk matching-matching nih. ;D

Tuesday, June 16, 2009

Click This If You Miss Me.

Minta maaf pada sesiapa yang (kalau ada) tertanya-tanya.

Saya adalah,

Sibuk sangat-sangat.

Selepas dah tak sibuk, saya tengah demam. Mungkin penat sangat ber'gusti' di Jakel Sabtu lepas untuk membeli kain(s) raya dan,

Pada hari ahad pula, memasak 5 hidangan termasuk desert sekali untuk 12 orang sekeluarga (pada saya ramai ni tau) sempena family discussion. Walau bagaimanapun, kepenatan itu adalah worth it kerana kami sudah capai kata sepakat. (will blog about it later). Malam itu pula, badan sudah panas, seram-seram sejuk. Adakah tersampuk cerita Ghost? Mungkin tidak.

Kemudian semalam, tetap datang bekerja walaupun tak sedap badan, sebab dah tak tahan, pergi lelapkan mata selama 30 minit didalam stor. (stor ofis saya bersih dan kemas tau!) dan terasa refreshed.

Bila sudah refreshed, ada satu creature ni mencari pasal dengan saya. Lalu kami ber'tekak' through phone calls. Masya Allah, kalau orang yang 'sengal' deal dengan saya, saya boleh bersabar. Tapi tidak pada rudeness. This guy is beyond the limit lah. Bukanlah saya nak underestimate dia tapi please lah, I prefer to talk or nego with his leader, someone yang at least at the same level of mindset and thinking, if not the same level of educational background as mine.

Memang saya berapi. Tapi fikir-fikir, malas lah kan nak layan orang macam tu bak kata pepatah "Never wrestle with a pig. You'll both get dirty, but the pig will like it."

Malam tadi, saya sudah telan panadol dan plan untuk ke klinik pagi ini. Tapi kenapalah klinik kegemaran saya tu tak mahu buka awal? Jadi terus pi ber 'genba' aktiviti di one of our service outlets. During lunch pun, the manager brought me to one kopitiam pun tak layan sebab takde selera.

Jadi, minta maaf ya, saya ada banyak nak cerita ni lebih-lebih lagi pasal insiden membeli kain raya hari tu. Lain kali ya!

Sunday, June 7, 2009

Cooking Is A Very Easy Job When All The Ingredients Are Just A Refrigerator Away!

I am not supposed to be here, blogging. I should be at the kenduri somewhere in my neighbourhood, but Sarah still asleep. Can I make her as an excuse? hihihi.

I thought of cooking the oxtail's soup. (sup ekor) but Mr husband don't agree lah pulak. Because takut membazir bila dapat 'berkat' kenduri nanti. Dia kan penanggah yang komited. Jadi terfikir-fikir apa yang saya nak isi perut for lunch nanti.

Check punya check peti ais dan jumpa lah bahan-bahan emergency untuk makan seorang. 15 minit je, terus siap.
Ini dia,

Makaroni and Cheese Emergency. Whatever the name is, janji perut ku kenyang!

Disulami pula air bandung penawar dahaga. Perghhhh!!! Kalau bulan puasa ni mesti dah meleleh air liur korang.

Tapi, makan ini saje mana boleh tahan. Cepatlah suamiku pulang ke rumah.

Saturday, June 6, 2009

Macam-Macam Cerita.

Hari yang 'tensen' bila ada miss pimples popped out of my chin. Hate it!!!!! Probably because it is my time of the month tapi why lah it still want to pop out at my face??? Go chase other youngsters' faces lah pulak. Padanlah muka sendiri sebab asik mentekedarah makanan berminyak aje lately ni di opis seperti keledek goreng, pisang goreng or anything oily lah. Sekali kau...keluar dua das ni. Dah dah jangan nak whining kalau dah tau kesalahan diri sendiri. (Tiba-tiba teringat saat bekerja di N*C bila sangat disiplin dan takde pun nak bingieng on foods yang begini). Boleh tak nak cakap P*rotiga makes me fat and ugly??? kuikuikui... Ok stop bangau-ing!

We went to the nearby department store petang tadi sebab nak beli toothbrush untuk Sarah. Sekali mr husband lupa nak bawa Sarah punya soother, alamak mengamuk lah dia kat sana. Terus beli soother kat sana, nasib baik RM 5 sahaja, kalau tak dah membazir. Anak dara saya, semenjak dah pandai jalan laju ni bukan main eksen lagi tak mahu dipegang. Kebetulan tadi dancing girls performed di situ, amboi kemain berjoget-joget sekali.

Lepas tu, Mr husband baik hati mahu belanja saya makan pizza. Sekarang saya kemaruk nak makan pasta jadi tadi saya makan spicy arabiatta. Sedap lah. First time try ni. Semenjak kes konon-konon tertipu bila membeli Seafood cabonara di Pizza Hut satu ketika dulu, yang mana bila dimakan takde makna seafood kerana hanya ada seketul udang sahaja. Tiada yang lain. Maka ingatkan sudah mau ban dari membeli pasta di Pizza Hut. Rupa-rupanya tertewas juga. Mr husband order pizza and side dish cheese meatballs lagi. Amboi alasan konon boleh bagi Sarah makan. End up diri sendiri yang membalun dah anak kami tu dah kenyang makan bubur nasi kat rumah sebelum keluar. Oh yes, Sarah has got her appetite back. Makan laju giler sekarang.

Oh btw kan, sajalah nak share. OTW back home masa lalu depan sekolah SRK Bukit Rahman Putra, ada kebakaran besar. I mean really besar tau. Takut betul, api menjulang-julang. Since ada dalam 2 orang yang berenti depan sekolah tu, jadi kami pun telefon bomba and end up rupa-rupanya dah ada 3 orang report kejadian yang sama. Lepas tu, Mr husband ajak pergi balik depan sekolah nak tengok Bomba rescue, (ni yang punca buat sesak ni) sampai sana dah ramai orang berenti. Tapi traffic masih terkawal. I don't think dapat dipadam api tu sebab dah marak sangat. Cuma berharap tak terbakar sekolah tu, kut tak kesian murid-murid kat situ. Apapun, tunggu aje lah berita nya di newspaper besok hari. (kalau ada)
Ok daa, muka pun dah gatal-gatal, tepek bedak tebal sangat kat tempat jer.. (eihh jangan disebut. sensitip ni). Nak pi cuci muka and khatam kan Women's Weekly tuh. Asyik baca 2-3 page terus doze off.

Chiow!

Sarah and Her Rides.

What does my little Sarah offer me now, at 1 year old? She offers to drive me to the shopping mall. (yeah right... but i hope she'll do that when she reach 18 years old someday and have to bear with me throughout the journey.. Hey, what to expect? I am still the cool mom who nags... kuikuikui...)












My goodness, she is my best companion to date...