Tuesday, March 10, 2009

Just Another Ramblings.

Hi, what a very long weekend we had kan? Lucky to stay in Malaysia sebab ada many holidays.
Hari ni hari ke empat saya berehat di rumah. Bukan tak pergi kerja, tapi sengaja pergi genba aktiviti at one of our service dealer at Kota Damansara. Then, pot pet sekejap, balik lah opis rumah terus.

Semalam, saya menemani adik membeli persiapan perkahwinannya. Masya Allah, sekarang harga barang2 kahwin sangat mahal. Bunga telur dah takde yang harga RM1.50 satu. Mostly RM3 ++. Kalau zaman saya dulu, masih boleh jumpa bunga telur RM1.50 sebatang dan yang cantik juga. Tapi sekarang, RM 2 punya macam ala-ala aje. Pengantin masa hadapan mesti sediakan duit yang lebih kalau mahu membuat majlis. Sama macam adik saya juga, menengokkan budget nya, terbeliak mata saya melihat figure yang perlu di belanjakan.

Sangat tak best kan bila shopping sewaktu hari hujan. It makes us hungrier than usual. Sewaktu
berada di Bunga Riben, we asked each other on what's for lunch. Oleh kerana nak cepat, kami rasa nak pergi somewhere nearer aje. Just across the road, kat Jalan T.A.R ada KFC, A&W and Restoran Bismillah. Dah berpuluh tahun restaurant tu semua. Both my sisters wanted to eat KFC but I refused. I wanted A&W. Teringat childhood memories, setiap kali nak masuk penggal baru persekolahan, emak dengan bapak mesti bawa kami ke Minerva ataupun Pustaka Mukmin untuk membeli buku, kemudian ke Bata yang sederet untuk membeli kasut dan stokin. Sebelum balik mesti singgah ke A&W atau ke KFC untuk menjamu selera. Jadi bila ternampak A&W terus teringat kenangan lama. Adik-adik saya takde pilihan lain melainkan bersetuju dengan saya dan kami terus ke A&W.

Tapi, the moment we entered rasa semacam aje. Tapi saya sedapkan hati terus masuk dan order di kaunter. Sambil-sambil tu mata melilau sana sini tengok keadaan restoran itu. Tahu lah dah lama bangunan ni, tapi takkan lah all the equipments pun lama berkarat kan. Dengan dinding yang berlumut, keadaan yang muram dan bau yang semacam yang tak keterlaluan kalau saya cakap bau makanan basi, mana mungkin customer berselera untuk menjamu selera. Sedar tak sedar makanan dah ready di depan mata tapi masih hesitate untuk makan sebab dah rasa sangat piss off. Saya ingatkan saya saja yang rasa begitu, rupa-rupanya both my sisters pun sama juga. Dah lah kau, masing2 order set float dengan Mozza burger and fried chickens tapi masing-masing tak berselera. Alahai, apa nak buat ni..perut dah lapar tapi tak berselera.

Cuba lah tengok. I don't even recognize apa benda ni? I supposed itu adalah lampu dinding tapa bulb nye? Adakah pecah dan bulb kehabisan stok atau mungkin lampu itu terlampau lama sehingga bulb itu tak lagi di produce? and notice tak dinding yang berlumut itu?


Anda rasa boleh jumpa lagi tak mana-mana chain fast food restaurant yang menggunakan kipas angin? Kat belakang tu macam lubang. Tak tahu ada apa isi nya. Sampah mungkin.


Dan restaurant krew disitu ada yang bergaya macam gengster, men-serve customer sambil mengunyah chewing gum dengan penuh gaya. Tapi ada yang ok. Saya tak dapat tahan perasaan dan bertanya pada salah seorang krew mengenai bau semacam di restoran itu, tapi dia senyum aja. Agaknya dah berapa ramai orang tanya dia soalan yang sama ya? Pelik ya dengan A&W disitu. Hilang segala kemanisan chidhood memories saya. Itu kan chain restaurant. Aren't they are supposed to operate according to the standard procedure? Machinery pun tak update. Pelik lah. Kami terus beredar dari situ, sempat menjamah sedikit sahaja. Meninggalkan tempat itu dengan rasa kesal sebab membazir dan perut yang masih lapar. Semua orang blame saya. ;( mereka kata, kalau makan KFC sure dah kenyang dah.

Jadi untuk menebus kesalahan saya, kami singgah di restoran jejantas untuk makan Satay Kajang. Saya belanja pula tu maka senang hati mereka.

Sedap satay disitu walaupun tak berapa garing. Kami siap order satay arnab, kambing dan rusa sebab nak merasa.


Kuah Kacang yang sungguh Ummmppphhh..

Sepinggan ini berharga RM1.20?? Mungkin timun nya di tanam menggunakan baja istimewa.

Tapi abc aiskrim vanilla sangat lah menawan hati. Rasa macam nak order lagi satu.

Tapi tak order pun sebab nak balik cepat-cepat menemui anak yang tercinta. Sarah sangat comot dengan air liur yang menjejes. Tapi takpe, I still love her.

I have puffy eyes lah. Hate it so much.. Mata Sarah cantik aje tapi mata momma?? Tak aci ni sebab sarah tidur lebih 12 jam sehari. Momma tak..

2 comments:

Diver Mom said...

sedapnya satay... :)

erm.. sabar je la kan, A&W ke yg teruk sangat tu..? branch di mana ya..?

saisyahk said...

Yes Zu, sedap satay. makan kat restoran jejantas aje. A&W dekat jalan TAR. sebelah Pustaka Minerva. Very bad..