Monday, December 1, 2008

Please Add Another Year yeh..

Hari ni masuk usia ku 26 tahun. masih muda jelita you. Takde apa2 yang menarik pun hari ni except for the birthday wishes from husband, sisters,friends and relatives. Terima kasih semua.

Macam biasa hari isnin, mata mesti malas nak bukak. Badan sengal-sengal nak bangun tapi memikirkan didi, assistant saya yang berkaliber tu cuti, tak sampai hati pulak nak biarkan telefon kat opis tu berdering sorang2. Saya lalui hari yang indah ini macam 1 hb tiap-tiap bulan yang lain. Yang saya patut buat:-

1. Bayar loan kereta -checked
2. Bayar bil Astro dan streamyx- checked
3. Bayar loan Mara- checked
4. Bank in ke saving account - Not yet.


Ni lah yang wajib saya buat setiap bulan. Tak pernah miss. Terima kasih cimbclicks.com kerana menyenangkan kerja saya. Cuma nak masuk duit ke saving account belum lagi. Selalunya bila2 sesuka hati saya tapi setiap bulan lah. Tapi apa pun, senang gila bayar online walaupun ada charges (for some transaction). Sometimes, saya pun terasa better guna CC aje nak purchase apa2 sebab senang tak payah beratur panjang kat ATM. Ala, saya tahu macam mana nak kawal diri masa berbelanja sebab memang sikap saya dari dulu, diajar oleh parents yang left brainer, jangan sesekali overspent. And alhamdulillah saya tak pernah rasa kekurangan duit dari zaman belajar dulu sampai sekarang kerana saya sedar limitation kewangan saya. Saya berbelanja mengikut kemampuan diri sendiri.


Cerita pasal duit pula, Masih ingat lagi ketika di U, ketika kawan-kawan sibuk outing bila wang pinjaman mereka masuk in lump sum (yerlah, mereka dapat YTN dan PTPTN, padahal saya MARA saja yang masuk bulan-bulan), saya kadang-kadang tak ikut dan kadang-kadang join juga. Saya, tahu ada yang kata saya ni ikut kepala sendiri bila tak nak keluar atau kedekut nak keluar tapi saya sebenarnya nak jaga kewangan saya. Bila saya kata takde duit, sebenarnya dalam bank ada lagi belen rm 500 gitu (masa tu) sebab saya sentiasa berfikir, kalau apa-apa jadi, mana saya nak cekau duit? Lagipun, arwah mak pun dah takde. Saya tak boleh nak minta duit sesuka hati kat bapak. Adik saya dua orang lagi masih belajar. Saya pula, sebagai kakak sulung sesekali nak juga belikan mereka sepasang dua baju. Kesian mereka especially adik saya yang bongsu tu. Jadi oleh kerana saya telah merasa susah sedari awal lagi, maka saya begitu berhati-hati tentang berbelanja sehingga lah sekarang. Bila dah bekerjaya dan dapat duit gaji sendiri maka banyaklah barang-barang yang dulu di hajati tapi baru sekarang nak dapat. Walaupun banyak lagi perkara yang dihajati, saya sangat yakin sooner or later mesti saya dapat juga akhirnya itupun SELEPAS our 3 ultimate wishes dah fulfill. Insyaallah.


Jadi, apa yang saya impikan atau harapkan sempena besday saya ni.


1. Saya harap yang our 3 ultimate wishes akan tercapai tak lama lagi. Apa wishes nye tu lain kali will blog about it.

2. Saya harap hidup saya dan husband serta sarah sihat sejahtera.

3. Saya harap untuk earn more. Macam mana nak earn more kalo keje nye rupe ghitu, masuk pukul 8 pagi balik pukul 5.45 petang on time, sharp setiap hari..? Tell me.. Ok, ok.. ayat sedapkan hati orang balik lambat tak semestinya kerja banyak. Tah -tah buat kerja lambat.. hahaha..salah ke if i am being efficient with my working schedule?

4. Saya nak kurus kan badan. Tapi mengapa oh mengapa tak boleh kurus-kurus ni. Saya tak boleh tolak makanan la sekarang especially kalau dengan mr husband. Dia tu pedengki sibuk nak saya gemuk makan sama. Semalam kat The Curve, sibuk dia ajak makan ice cream BR. tapi saya tak nak. Bukan saya yang bayar pun.. Tapi tekad juga tak nak.. Alih-alih muncung muka pakcik tu. hihihihi. kesian.. Pantang betul kalau nampak nasi. Mesti nak makan. Kalau wiken bekfas nya mesti nasi lemak-roti canai-berulang kali dengan lauk sambal ayam lah, sotong lah. Apa nak buat, husband dah beli, kena lah makan. kalau tidak membazir nanti. hikhikhik..

Gambar sekadar hiasan je. Ketika saya berumur 23 tahun. Masa ni pinggang saya ramping 25 inci aje tau. Montot pun flat aja. Hasil diet dan excercise. Tapi sekarang kalo pose gaya sama mesti nampak benjol sana sini. haiya..

No comments: