Sunday, December 14, 2008

20 Quirky Facts About Me.

Wah, begitu ye title blog post kali ni.. hehe, Actually saja nak list kan fakta-fakta yang mungkin 'quirky' pada pandangan saya.

1. Saya baca magazine dari belakang ke hadapan most of the time.
2. Saya mengidap hyperhidrosis. Tapi yang pelik my hands and feet can be extra-super-dry sometimes. Kalau nervous lagi basah my hands. Teringat masa exam paper karangan selalu basah. Harap2 suatu hari nanti dapat undergo surgery to treat masalah ni.
3. Saya pemakai kanta lekap. Bukan kerana nak nampak cantik (sebab pakai lens muka tetap begitu juga), tapi kerana tahap kerabunan saya adalah L:365 R: 570. Buat spec walau telah di 'nipiskan' glass nye tetap seperti berat sebelah. Dan kerana kepala saya tak simetri. kalau pakai denan tudung, kembang je.. dan sebelah kiri terlebih kembang. Teringat komen SA kat satu kedai spec dekat OU, " kalau u pakai semua spec kembang, ini bukan salah spec tapi salah you" Keji bukan?. Ini pun sama, saya bercita-cita nak buat LASIK surgery.
4. Saya tak suka tengok rumah saya bersepah. Walau sepenat mana pun, saya akan make sure rumah saya bersih lepas tu barulah saya boleh berehat. Habit ni menyakitkan jiwa my siblings dan en husband. Kesian korang. Too bad lah..
5. Saya pernah crash diet sebanyak 2 kali. Berat paling ringan saya adalah 50 kg (masa di Uniten) dan paling berat saya adalah 78 kg (ketika mengandungkan sarah).
6. Saya suka membeli stok makanan banyak2 tapi tak makan. Akhirnya expired begitu saja dan terpaksa dibuang. Saya tau itu membazir dan sedang berusaha menangkis tabiat buruk itu.
7. Saya rasa sekarang saya adalah seorang pemandu yang berhati-hati. Kalau kat highway, kelajuan kereta yang saya bawa setiap hari adalah 90km/h. Di lane ketiga sekali. Paling tinggi pun 120 km/h itupun kalau nak memotong. Tapi saya agak cekap kalau nak mencilok jalan ketika jam.
8. Saya suka memasak. Saya rasa memasak itu mudah dengan hanya perlukan sedikit kreativiti. Alhamdulillah, masakan saya diterima baik oleh en husband, family saya dan family husband.
9. Saya cekap dalam pengurusan wang sendiri dan juga suami..hehehe..
10. Saya tidak suka terhegeh-hegeh dalam menyelesaikan sesuatu perkara atau kerja.
11. Disebabkan no 10. sesekala saya membuat keputusan yang salah yang membawa kepada kerugian diri sendiri.
12. Saya ni an impulse buyer. Hasilnya, adalah beberapa helai baju, 3 pasang kasut dan 2 buah beg yang tidak akan belum dipakai kerana tidak menetapi citarasa dan piawaian saya.
13. Muka saya pernah dijangkiti jerawat yang serius ktika berumur antara 18 ~23 tahun. Sangat menyeksakan. Saya mencuba pelbagai produk tapi akhirnya yang men'jelita'kan saya adalah produk Felisa. lepas tu saya guna produk Olay cos sesuai. Teringat saya sebulan sebelum berkahwin, saya gatal nak cuba produk 'Natasya'. Hasilnya muka saya bengkak. Tapi naib baik Olay menyelamatkan saya. Setiap malam saya tepek mask Olay. Sejak hari tu saya pengguna setia Olay. Alhamdulillah masalh jerawat tiada lagi especially selepas bersalin. Yang saya ingat cuma sebutir yang tumbuh sewaktu berpantang. Kini saya menggunakan produk Kose dan Alhamdulillah juga ia serasi dengan kulit wajah saya.
14. Kaki saya bersaiz 8 atau 9 setanding dengan Siti Nurhaliza dan Ning Baizura.
15. Saya suka makanan yang pedas. Lebih pedas, lebih lazat. Teringat dulu waktu berpantang hari yang ke-40 saya curi-curi makan sambal jugak sebab dah tak tahan sangat.
16. Saya tak suka main game (as in computer games), menonton DVD, naik kapal terbang ataupun travel. Pada saya the ideal place yang boleh menggembirakan saya adalah katil(untuk tido) dan juga shopping mall.
17. Saya lebih suka ikan dari ayam. Dan prefer daging kambing dari lembu.
18. Saya lebih suka aiskrim strawberry dari coklat.
19. Lebih suka Dunkin Donut dari Big Apple.
20. Banyak membeli barang make up tapi tak pakai. I only swear by my MAC studio Fix, Brow liner, Elianto Blusher dan Lip Ice Sheer Color. I don't do mascara, eye liner dan eye shadow walaupun ada tonnes of it.
Ok that's for now. Kalau ada lagi later-later kita sambung ok. Gotta get my beauty sleep... ;p

No comments: