Sekejap je masa berlalu, sarah dah pun 7 bulan. Mama tak sempat nak upload latest picture. Btw, her milestone sekarang adalah:-
- Dah laju sangat nak kedepan ke belakang dan buat U-turn, tapi sarah belum merangkak lagi.
- Mama perasan yang sarah dah mula angkat badan tapi montot tak lepas daa.
- Kalau naik walker kemain laju dia kehulur kehilir.
- Kadang-kadang sarah bangun malam nak susu tapi most of the times tak.
- Suka tengok tv especially kalau azan atau dengar ayat-ayat alquran. Siap gelak-gelak, senyum-senyum lagi.
- Cekap dan pantas nak grab apa je yang menarik perhatian dia,especially langsir.
- Sarah suka hisap jari, bila mama nampak mama cepat2 masukkan pacifier sebab pada mama, dari hisap jari, lebih baik hisap paci.
mama sangat hepi dengan development sarah, TAPI...
sejak sarah kena campak palsu tu, kulit sarah dah tak licin and senang naik rash. Hari sabtu naik rash lagi. Mama suspek sebab daging. Mama campur daging dalam porridge sarah and terus naik rash. Hari tu bagi makan ayam pun jadi juga yang sama. Ecceli, mama tak baper sure sebab utama sarah naik rash. Adakah sebab susu ataupun daging. Btw, mama dah tukar susu Sarah dari Isomil kepada NAN. Puncanya sebab masa campak palsu tu lah. Kan sarah tak nak minum isomil, jadi bila mak rose tukar pada NAN, dia nak minum. Masa tu saya takut juga sebab kan sarah cow's milk allergy, tapi bila pekena NAN takde pape pulak. In fact, stool sarah lebih lembut. Masa Isomil sarah sampai keluar air mata masa nak o-onk.
Ok, back to the story. Jadi semalam kami bawa sarah ke her usual paed, Dr Ling. Dia suspek bukan susu tapi more of sebab allergy to foods. So, in the mean time sarah tak bole akan ayam, daging, any dairy product (memang tak bagi) ,kacang atau dsbg. Dr Ling bagi ubat for allergy and suruh kami monitor. Sekiranya, rash tak surut jadi puncanya adalah dari susu. Hmmph, baru satu hari tp dah nampak rash dah surut. Nasib baik mak ros sangat alert dengan condition sarah. Ye lah, dia pun sedih juga hari-hari dok sapu lotion kat badan sarah without fail, akhirnya menggerutu jugak..
Oh ya, semalam kami ada tanya Dr Ling pasal Pneumococcal jab tu since sarah asik selsema dan kena minor fever. Dia explain, kata if for children before 1 year old kena dapatkan 3 vaccine tu, kalo dah lebih setahun 2 kali. and it is applicable for children below 5 years old. Kami memang terfikir nak bagi jab tu pada sarah. Kat tempat Dr Ling, 1 vaccin + consultation : RM300. Tapi ada kawan mama buat dekat Putra Medical Centre vaccine yang sama : RM seratus lebih...
Hmm, kena buat budget ni and google lagi bebetul pasal mende sebelum decide nak bagi or tak nak bagi.
Ok daa.. oh, saya ada konflik perasaan sebab tu asik tukar layout aje.. Tata.
No comments:
Post a Comment