Friday, July 11, 2008

Sarah Kena Inject Lagi...

Semalam appointment Sarah untuk another injection. As of yesterday, berat Sarah adalah 5.1kg. Tak berapa berat sangat. Last month sarah naik dari 3.2kg ke 4.4 kg dalam masa kurang sebulan. Tapi kali ni, berat naik sikit sahaja around 0.7kg. Saya tahu kenapa, sebab hari tu Sarah kena cirit-birit. Jadi sarah banyak lost weight masa tu. Kesian Sarah..
Oh ya! pasal semalam, Sarah menangis waktu kena inject. tapi sekejap aje. Sarah mudah dipujuk lebih2 lagi kalau dengan papa sebab papa memang suka manjakan sarah. Balik rumah, kami terus bagi makan ubat demam sebab badan Sarah dah mula panas. Menangis-nangis Sarah, tak nak makan ubat. tapi akhirnya sarah telan jugak. Sarah pun banyak meragam, tak nak minum susu, mungkin terasa kesan sakit dicucuk dekat peha. Malam pulak, Sarah takmo tido. Papa asik terjaga saja. Saya mengaku lah memang at most nights, other half yang akan bangun kalau Sarah meragam. Dia suruh saya tido sebab dia tahu saya kerja office hour sedangkan dia tidak. Thanks ye papa sebab very understanding. Tapi, pukul 4 pagi saya terjaga. Lepas beri sarah susu, saya rasa badan dia, cukup panas. Panik juga. Segera saya kejutkan other half untuk bagi Sarah makan ubat. Kerana saya fail kalau buat sendiri. mesti ada yang pegang tangan sarah, kalau tidak habis ubat jatuh entah ke mana. Lepas tu, kami tidurkan sarah antara kami. Seronok dia tidur. Mesti rasa nyaman kan.. sampai lah ke pagi. Alhamdullilah, subuh tadi badan sarah dah tak panas. Masa hantar ke rumah pengasuh pun, Sarah masih tertidur lena.

Sarah tidur petang semalam. Suka buat muka mencebik..but still very cute..

Oh ya, ada pesanan untuk my best colleague, Yanti. Have a safe journey tau esok. Jangan lupa update tentang Fujiwara san bila balik mesia ok, and kiss kan Sarah untuk Ultraman Ace ok?

No comments: