Anda percaya tak dengan bomoh/pawang/dukun or whatever the name is. Honestly I said I don't actually. But my In Laws do.
kisahnya bermula begini, last week hari rabu. entah kenapa sarah meragam pada waktu petang. Semuanya serba tak kena. saya sangat tension. dahlah penat balik dari kerja, Sarah pula buat hal. Other half tiada di rumah waktu itu. Nak jadikan cerita PIL datang kerumah untuk melawat cucu dia. Bila mereka tgk sarah menangis, mula lah fikirkan yang bukan2.
Malam tu, dalam pukul 9 tiba2 FIL datang ke rumah suruh kami bawa sarah jumpa so-called bomoh untuk ubatkan sarah. Kami refuse, tapi FIL mendesak juga. Being an obedient son, other half dgn berat hati suruh saya pergi juga. sebab nak jaga hati. Nanti kalau later sarah menangis, mereka akan mengungkit. Sarah masa tu dah ok. dan dia pun bersiap-siap nak tido dah. Saya memang malas, dah lah penat, belum dinner pun masa tu. Lagi pun mengantuk yang amat sangat.
Maka dengan berat hatinya saya pun pergi ditemani MIL dan seorang saudara. Sampai di sana, bomoh tu pun ubatkan sarah sambil membaca ayat2 yang saya pun tak faham. Dia memberi saya kemenyan, (katanya kalau sarah menangis hidu kan sarah dengan kemenyan tu) dan juga tali sebesar tali kasut untuk dibuat tangkal. disuruhnya kalungkan pada leher sarah. Lepas tu kata nya, kalau sarah menangis lagi mengkin rumah kami ada 'benda'.
Saya ingat semuanya sudah selesai, boleh pulak lepas tu orang lain pun nak 'berubat' juga. Bengang betul saya, saya sudah penat. Saya nak balik.
Akhirnya pukul 11.30 malam baru kami sampai rumah. Sepatutnya waktu macam tu, saya sudah tidur. Bila sampai dirumah, saya tak terus pulang, singgah di rumah PIL. Kata bomoh tu, jgn terus balik rumah. tunggu 5 minit. MIL yang menyedari saya tak makan apa pun lagi suruh makan kat rumah dia. Tapi saya sangat penat. Saya cuma fikir nak tido. saya decline, sambil menjawab. "saya tak nak makan mak, saya penat, nak tidur." Rude mungkin. Tapi itu tanda protes.
Lepas tu kami pun pulang kerumah. kemenyan dan tali kami tak guna pun. Tak sanggup nak guna kan pada sarah.
Saya bukan lah tidak percaya pada benda2 yg begitu. saya sedar, ada makhluk lain juga di dunia ini. Tapi, kes ni lain. kalau tak menangis, bukan lah baby namanya. kebetulan sarah meragam sedikit hari tu. mungkin dia meragam nak jumpa papanya masa tu sebab papa belum pulang lagi. Pada saya, bukan semua hal berlaku disebabkan gangguan atau apa. Lainlah kalau sarah hari2 macam ni.
Saya bukan apa, kalau boleh saya nak jauhkan sarah dari benda2 yang begini. Saya tidak mahu, sentiasa minta ubat, minta air. Yang penting berdoa pada Allah dan bertawakal. Saya tahu PIL risau dan sayang kan sarah. Mereka memang sudah terbiasa begini. Keluarga mereka kalau nak buat apa2 cth pergi temuduga, pergi exam, pergi amik lessen memandu, MESTI minta air. Saya kurang berkenan cara itu. Pada saya, kalau minum air jampi bergelen-gelen tapi tak belajar, tak prepare utk interview tak guna juga. Yang penting kena lah bertawakal.
Maaflah PIL, dan other half juga. Saya kurang berkenan cara begini. Sorry!
1 comment:
oh siannye cik puan.. tersempit dalam keadaan gitu..
saya paham..
saya sokong cik puan.. pasal tok bomoh ni bukannye betul pun.. nak duit org je diorang tu.. tul tak..? baik bawak jumpa ustaz ke.. kan..?
erm.. anyway, saya arap sarah x nanges-nanges lagi lepas ni ye..
*alhamdulillah, alia jarang nanges2 x tentu pasal..
**anak buah saya kerap nanges tengah malam, especially kalau petang tu kite bawak dia gi jejalan, taman ke.. shopping komplek ke.. mlmnye, tentu dia akan nanges.. sarah ada gi memana ke senja tu..?
Post a Comment