Thursday, December 3, 2009

: )

Whoa, kali ni nak berceloteh pasal Sarah pula. Sekarang sudah kuat makan, paling suka makan spageti or the likes asalkan kategori mee. Kalau kita makan,mesti mahu tumpang sekaki. Nampak saja dia kurus tinggi tapi agak semangat juga badannya. Kalau mahu dukung sentiasa boleh semput di buatnya.

Sejak 1 tahun 7 bulan ni, barulah boleh dengar banyak vocab dari mulut kecil ni. Lega juga kan, sebab hari-hari wonder bila mahu start bercakap. Tapi, Sarah faham semua yang kita katakan, dan boleh mendengar arahan. Cuma, dia nak mula bercakap agak lambat sedikit. Saya tak boleh putus untuk train dia setiap hari and so far memang menunjukkan progress. Alhamdulillah, sikit lagi becok lah mulut si kecik tuh.

Cuma satu yang saya perasan, Sarah agak 'reserve' on certain things ketika bersama kami, dan tidak bila bersama Mak Ros. Sebagai contoh, ketika bersama family Mak Ros dan anak-anaknya yang memang suka melayan dan mengajar Sarah, tanyalah apa saja soalan seperti "mana mata? kaki? tangan? gigi? mulut " or whatsoever memang cepat dan tepat dia tunjuk tapi bila dengan kami, dua tiga soalan dia layanlah, lepas tu buat-buat tak tahu sambil sengih manja dan ajak main. Saya berpendapat sama ada, pendekatan saya salah ataupun Sarah sendiri decide untuk begitu sebab of course lah waktu saya dengan dia lebih pendek berbanding dengan Mak Ros. Kalau di rumah Mak Ros dia sudah didisiplinkan sebegitu, bila dengan saya dia mahu a bit time off.

Saya sebenarnya bersyukur dan lega kerana Mak Ros dapat menjaga Sarah dengan baik, begitu juga dengan anak-anak beliau. Mak Ros ni sepupu saya, umur baru 30 an tapi anak 5 dan semua sudah besar dan anak-anak memang menjadi. Mak Ros juga yang banyak mengajar saya bab-bab parenting yang memang lah saya ni jauh dari berpengalaman. Maklumlah, siapa lagi kan nak mengajar saya yang sudah tiada emak ni dan MIL sendiri terlantar sakit kerana serangan strok sejak setahun yang lepas. Bercakap pun tak boleh lagi. Alhamdulillah, Allah memberi jalan yang mudah pada saya. Jika kita berniat dengan ikhlas untuk keluar dari rumah untuk bekerja atau melakukan sesuatu, Insyaallah apa saja keputusan kita akan diredhai. Yang penting pada saya kenalah sentiasa berfikiran positif . Pemikiran kita melambangkan diri kita kan?

Sebenarnya, saya sedang berkira-kira untuk membelikan laptop untuk Sarah. Tapi tak pasti adakah berbaloi nanti. Ada juga survey di web site dan di kedai tapi tidak promising enough lah. Lebih kepada buat toddler jadi boring. Ada satu yang saya berkenan, it's a PC tapi mahal sangat okay, RM 450 di ThinkToys. Budget saya sekitar bawah RM250 sahaja. Any recommendation? Sarah suka laptop saya. Tiap-tiap malam kami akan buka web kegemaran dia dan practice ABC sama-sama, or nyanyi lagu ke atau buat aktiviti bersama-sama depan lappy. Oh, jangan lah ingat saya ni nak mengajar anak saya jadi geek tidak bersosial pula. Dia sudah cukup bersosial dan berlasak waktu siang, malam kena lah ada aktiviti yang lain pula. Kan?

Sarah juga sekarang sudah pandai imitate kami solat. Comel saja tengok dia rukuk dan sujud dengan kaki dan tangan senget-senget begitu. Heh. Sungguh comel sekali.

Saya rasa zaman kanak-kanak sekarang sungguh competetive bukan? Kanak-kanak sekarang ramai yang bijak-bijak belaka, maklumlah banyak resource dan parents sekarang sudah introduce early education to them, most kindy pun dah start educating children in their early years. Dengan Smart Reader lah, Q Dees, Kumon tu belum lagi yang lagi terer macam Sichida dan sebagainya. and owh, yurannya faham-faham aja lah. Kalau dulu zaman saya, masa tadika sorang tak tahu baca ABC, yang lain pun konfem tak tahu. Kalau ada yang outstanding pun adalah seorang dua yang memang genius sejak azali lagi. Tapi sekarang kalau sudah tadika tapi tak tahu baca ABC itu sudah haru. Saya lebih suka serahkan pada yang pakar mengajar. Diri sendiri tidak mahir dalam bidang itu dan bercanggah dengan prinsip " kalau mahu buat sesuatu, make sure I am or will be good at it" Tidak mahulah sambil lewa, tak bagus tu. Mohon rezeki murah nanti bila tiba masa untuk Sarah enroll to early education.

Yang pasti bukan sekarang. Potty train pun belum pass lagi. Satu-satu okay. No rush here...

2 comments:

Humyrah said...

LAPTOP / PC ADALAH TOOLS YANG BAGUS UNTUK AJAR TODDLERS/KIDS. AFIF SUKA BELAJAR DENGAN LAPTOP, MENGEJUTKAN BILA DIA SENDIRI TAHU UNTUK ON DAN SHUT DOWN LAPTOP. (SAYA GUNA SONY VAIO, BUTANG ON SEAKAN LAMPU. ENTAH MACAMANA DIA CEPAT JE TAHU..)

BILA ON, DIA TAHU APA YANG HENDAK DITEKAN, MALAH PASANG BROADBAND DAN CONNECT PUN DIA BUAT SENDIRI TANPA DIAJAR. SETERUSNYA HINGGA BUKA BROWSER DAN GOOGLE APA YG DIA MAHU.

YANG BAGUSNYA MELALUI INTERNET PULA, DIA BELAJAR A-B-C 1-2-3 TERMASUKLAH BAHASA ISYARAT. BAHASA ISYARAT PUN DAH HAFAL...!

MACAMANAPUN, KENA ADA GUIDANCE LAH. BIASANYA SAYA JUST PERHATI APA DIA BUAT. JANGAN JAHANAMKAN SUDAH...

saisyahk said...

to Humyrah: budak zaman sekarang memang advance kan..dan bijak-bijak belaka.
apapun nak bagi kat anak memang kena guide or else, tak disalah guna jahanam nanti kan.