Menjadi seorang ibu, tidak kira ibu yang bekerja mahupun surirumah sepenuh masa harus bijak membahagi masa bukan?
Tak kira lah, sudah berstatus ibu, mahupun isteri atau pun bujang, setiap orang saya percaya mempunyai haluan, pilihan masing-masing dan mereka bijak mengendalikannya kerana itu adalah kehidupan yang telah dipilih.
Jika berstatus bujang, sudah tentu kehidupan adalah dengan persekitaran tempat kerja, keluarga mahupun teman-teman dan begitu juga pada mereka yang berstatus isteri atau pun ibu. Cuma mungkin ada sedikit pebezaan dari segi cara mengendalikan cara hidup masing-masing.
Saya tidak suka mahu question kenapa kau bekerja atau kenapa kau mahu duduk rumah kerana setiap orang punya pilihan, pilihan itu saya percaya dibuat setelah mengambil pelbagai aspek dalam kehidupan dan atas keredhaan suami mahupun keluarga. Sebagai contoh pilihan untuk meneruskan pelajaran atau hendak bekerja, pilihan untuk berkahwin atau pun untuk membujang, pilihan untuk mempunyai zuriat selepas awal perkahwinan ataupun mahu plan dahulu, pilihan untuk menjadi working mommy ataupun surirumah, pilihan untuk breastfeed ataupun tidak dan sebagainya. Itu semua pilihan kita dengan ketentuan Allah swt.
Tapi alangkah menyedihkan bila working mommy ni dikatakan mempunyai banyak alasan dalam parenting as if kita bekerja hanya untuk suka-suka. Bahkan kebanyakan ibu-ibu bekerja mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membantu menyara kehidupan keluarga, dan yang paling utama sebagai financial back up dikemudian hari. Bukan kah itu still part of parenting. Tiada ibu-ibu yang sempurna dalam dunia ni, saya tidak percaya jika ada ibu bekerja mahupun si surirumah ataupun si bujang sekalipun mampu melakukan tugas-tugas harian dengan 100% perfect. Jadi kenapa masih mahu mengatakan ibu bekerja ini banyak sangat alasan?
8 comments:
kalau senang-senang cubalah tengok cerita kartun macam "Crayon Shin chan", "Hagemaru" ke..
Cerita-cerita kartun cam ni banyak juga selit kan parenting tip, terumatanya kartun "Crayon Shin Chan".
X leh a komen byk sebb aku nie "perjalanan masih lagi jauh" :)
ni siApa pula yg meng-emo kan ko ni ha.
betul tu...kenkdg mcm kesalahan besar jek kita bekerja. alasan diorg, diorg bley jek hidup takkan kita xleh...huhuhu...
suka atilah family kita nak selalu mkn kedai ke, mkn lempeng ke. bukan nak menghina, tapi kadang2 mungkin education level berbeza. mungkin mereka xnampak apa yang kita nampak.
::mrs-ab::
pedulikan ape org nak kate.. diorg hanye tau nk komplen je.. diorg ade tau ke susah senang kite? ape yg penting, niat kite bekerje utk ape..
to Hapiz: Hihihi, citer kartun dah jaranglah nak tengok sekarang ni.
to Leen: To someone so close, yet so far.
to mrs ab: pendirian orang berbeza itu kita kena hormat, tapi mereka tak perlu memberi remark yang boleh meninggalkan kesan pada pada orang lain.
to yatie: tu lah, as much as kita cuba ignore tapi sikit sebanyak terasa jugak dalam hati kan...
oh puan aisyah. someone so close yet so far. aku dok semenyih ni. sbb so far tu lah aku terasa. lebih2 lagi aku kan SAHM skang ni. bila aku renung2 balik, aku ada buat entry 'differences' tu kan. itulah yang buat aku rasa mcm aku je yang kau cakap ni. ok dunia, puan aisyah dah terasa dengan saya. saya minta maaf dengan puan aisyah secara terang-terangan ok. tp aku rasa ko dah salah faham (kalau btul la aku buat ko rasa cemni) sbb aku juga berasal dari FTWM dan blom berhajat utk jadi SAHM selamanya. seriously ko over analyse dengan pendapat aku sbb actually tak semua aku cerita elok2 kat situ. aku juga hanto anak g taska yang menghadapi sejuta masalah. hehehe. oklah aisyah, maaf again kalau ada terasa. maaf sangat ya. saya seorang yang cintakan kedamaian... kekekeke. harap baby saya juga begitu. berlapang dada. aminnnnn...
to leen:
First of all, someone so close yet so far could be anybody pun. Kalo kau rasa ada kena mengena dengan entry ko, it's your call.
I respect everybody's decision, even any writings and never intended to say that they are over analyse.
And Oh dunia, Kalau pun aku being over analyse, it is a typical subject anyway where people are being too judgemental.
and owh, did i mention anything on taska? I don't think so.
Thank you so much for your comment anyway.
apa cerita sebenar ni??? apa yg aku tertinggal??? huhuhuu.... aku yg tak keje pejabat jauh2...
Post a Comment