Wednesday, September 2, 2009

Perihal Diri dan Rumah

Sejak petang semalam sudah terkena jangkitan mata, jadi berair dan merah menyala. Saya ingatkan disebabkan oleh kanta lekap tetapi bukan. Setelah semalaman, pagi tadi bangun dengan mata yang merah dan gatal. Jadi, terpaksa ambil keputusan untuk cuti dan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Time awal bulan banyak report harus disiapkan, time tu lah mata nak buat hal...

Macam biasa, bila ke klinik panel doktor akan periksa barang seminit dua dan bagi ubat titis. (Eh, titis ubat ke mata batalkah puasa kita? Siapa yang ada ilmu sila kongsi dengan saya.)

Pagi-pagi dah tercongok di rumah apa barang kan??? Maka paksa (rela) Mr. husband untuk mengemas rumah sempena raya ini. Memang gila buat spring clean. Tanggal semua langsir dan basuh, Alhamdulillah cuaca sangat baik sekali maka langsir yang berat itu semua sudah siap kering dan dilipat semula. Barang-barang Sarah seperti buaian (Sarah sudah jarang mahu tidur buai), walker (punyalah pemalas mak bapak dia, anak dah 5 bulan sudah pandai berjalan tapi masih tidak mahu kemas.), PC lama sudah simpan dalam kotak. Maka jadinya rumah sekarang sudah lapang dan juga tidak berlangsir for the moment.

Bila rumah sudah togel, tiba-tiba terasa mahu tukar langsir kerana langsir sekarang sudah dull (sudah 3 tahun tidak pernah tukar yang lain dan dia satu-satunya corak langsir yang saya ada) tapi saya mahu warna kuning ceria tetapi murah. Wah, mau cantik tapi murah saja ya! Last minute pula tu. Mungkin hujung minggu ini akan meredah shopping mall untuk mencarinya. Kalau takde yang memenuhi kriteria nampaknya berlangsir lama lah lagi. Tak kisah pun!

BTW, kontraktor kami sudah bagi quotation untuk membuat tembok batu gunung itu. Hmm, harganya sebenarnya melebihi bajet tapi it makes sense sebab harga simen dan batu gunung sudah naik. (mana ada harga barang yang turun kan?) Selepas diberi diskaun, untuk membuat tembok batu sepanjang 110 kaki, harganya RM13 K all inclusive lah. Kalau ikutkan mahal memanglah mahal, kalau mahu murah guna saja batu bata pasir atau yang merah tapi kekukuhannya tidak dapat dijamin kerana our future house ditanah yang sedikit tinggi. Jadi perlu asas yang kukuk bukan? Biar mahal tapi berbaloi lagipun mahu duduk Insyallah for the next 50 years lagi.

More or less kira confirm ambil kontraktor tersebut, dan nampaknya selepas ini mesti berjimat cermat dan menabung dengan gigih.

Lately ini, asyik bercerita pasal diri sendiri saja. Next post Insyaallah will update pasal Sarah dan gambar-gambar yang diambil guna 1000D.

Tada. Mahu tidur, esok kerja pasti menungguku.

2 comments:

Humyrah said...

kalau pakai ubat mata, puasa tidak batal. sebab ia bukan masuk ikut rongga (mulut, hidung, dan yang itu..)
semalam aku pun jumpa doktor, kena suntik kat punggung lagi. tensen aje sebab gastrik. puasa masih on.
Dan jika melibatkan kes darurat (hidup/mati) seperti asma, mereka yang terpaksa guna inhaler/nebulizer pun tidak terbatal puasanya.

Aku pun nasib baik huby ada kat johor ni. 2 minggu dia cuti. Dapatla jugak gotong-royong ubahsuai rumah. kalau seorang diri memang tak terbuat...

saisyahk said...

to humyra. thanks for the info. itulah curious juga kan... tapi aku percaya yang jikalau sebab2 kesihatan tidak akan terbatal lah puasa itu.