Saya adalah,
Sibuk sangat-sangat.
Selepas dah tak sibuk, saya tengah demam. Mungkin penat sangat ber'gusti' di Jakel Sabtu lepas untuk membeli kain(s) raya dan,
Pada hari ahad pula, memasak 5 hidangan termasuk desert sekali untuk 12 orang sekeluarga (pada saya ramai ni tau) sempena family discussion. Walau bagaimanapun, kepenatan itu adalah worth it kerana kami sudah capai kata sepakat. (will blog about it later). Malam itu pula, badan sudah panas, seram-seram sejuk. Adakah tersampuk cerita Ghost? Mungkin tidak.
Kemudian semalam, tetap datang bekerja walaupun tak sedap badan, sebab dah tak tahan, pergi lelapkan mata selama 30 minit didalam stor. (stor ofis saya bersih dan kemas tau!) dan terasa refreshed.
Bila sudah refreshed, ada satu creature ni mencari pasal dengan saya. Lalu kami ber'tekak' through phone calls. Masya Allah, kalau orang yang 'sengal' deal dengan saya, saya boleh bersabar. Tapi tidak pada rudeness. This guy is beyond the limit lah. Bukanlah saya nak underestimate dia tapi please lah, I prefer to talk or nego with his leader, someone yang at least at the same level of mindset and thinking, if not the same level of educational background as mine.
Memang saya berapi. Tapi fikir-fikir, malas lah kan nak layan orang macam tu bak kata pepatah "Never wrestle with a pig. You'll both get dirty, but the pig will like it."
Malam tadi, saya sudah telan panadol dan plan untuk ke klinik pagi ini. Tapi kenapalah klinik kegemaran saya tu tak mahu buka awal? Jadi terus pi ber 'genba' aktiviti di one of our service outlets. During lunch pun, the manager brought me to one kopitiam pun tak layan sebab takde selera.
Jadi, minta maaf ya, saya ada banyak nak cerita ni lebih-lebih lagi pasal insiden membeli kain raya hari tu. Lain kali ya!
No comments:
Post a Comment