Thursday, April 9, 2009

A Tiring Day and A Celebration.

Hari ini rasa penat sangat-sangat. Mungkin sebab rushing ke sana, ke sini.
9 April 2009 tarikh Sarah untuk her 1 year old jab. Setiap kali nak cucuk, saya mesti ambil half day and saya dan husband akan pergi bersama-sama. Tapi kalau untuk check progress, hanya husband saja yang pergi sebab sangat sekejap.


Good girl, tak menangis pun walaupun nurse itu agak lama dan terkial-kial ketika memasukkan jarum ke lengan Sarah. Tapi takpe, Sarah pun okay and for the nurse itu kan part of her learning and belum pro lagi. Then, kami tinggalkan Sarah pada Mak Ros sebab ada urusan lain. Since we are currently working on something, jadi pergi lah mengukur jalan sekejap. Dengan badan yang penat dan separuh mamai, akhirnya tertidur dalam kereta. Sampai rumah terus tidur dari pukul 4 sampai 6.40 petang. Memang tak lepaskan peluang langsung, mana ada chance nak tido macam ni when Sarah is around kan?

Petang tadi dapat SMS dari SIL,

" Kepada kakak dan abangku, malam ini di jemput datang ke rumah nyai (nenek in Jawa) sempena hari jadi abah. Datang awal dan jangan lupa bawa hadiah yang besar"

Terus teringat filem Ahmad Albab, yang mana Syawal menghadiahkan garam dan gula untuk bapa mertuanya yang kaya raya sempena hari jadi nya. Kasih sayang syawal umpama garam dan gula. Jika tiada garam dan gula dalam masakan, hilang lah rasa. Hilarious but meaningful kan?
Jadi tadi kami celebrate birthday abah. Abah malu-malu bila kami semua bawakan kek dan buat majlis ini untuk dia. Tapi yang sedihnya sebab my MIL masih terlantar oleh stroke. Tapi, she's getting better after a few therapy.

Dah jadi macam tradisi dan adat family husband yang suka berkumpul. Setiap malam jumaat, akan di adakan majlis sembahyang berjemaah dan bacaan yassin beramai-ramai. Kemudian kami makan malam bersama. Berkumpul begitu memang seronok, dikelilingi anak-anak kecil yang melalak sebab takut tengok cerita Keliwon kat tv3 tu, and ada yang berebut-rebut nak duduk di pangkuan datuk dan macam-macam ragam lagi. Walaupun, saya selalu stress kerana kerap ada majlis kenduri dan sebagainya, tapi deep down, saya sebenarnya rasa sangat seronok because keluarga ini ada macam-macam warna, dan saya belajar banyak perkara.

As we get older, dan berjumpa ramai orang, dengan pengaruh arus moden lagi, keluarga ini meneutralkan saya. Saya tidak terlalu moden atau pun kekampungan, saya boleh accept benda yang lama dan baru dan yang penting saya belajar sesuatu. Siapalah saya untuk meng 'whine' itu dan ini kerana seharusnya saya berasa grateful dengan apa yang saya lalui sekarang.

Yay! Esok dah hari jumaat. Looking forward untuk hari Ahad sebab nak get our hands on some items. We are going for a simple vacation in 10 days time. Yang ini double celebration untuk birthday Sarah sekali.

Saya teruja.

No comments: