Sunday, April 5, 2009

I Didn't Live It Up.


On Friday night, pergi company dinner. Mula-mula memang decide tak mahu pergi. Tapi last minute tiba-tiba rasa nak pergi bila mengenangkan hadiah lucky draw yang gempak juga. Bila teringatkan yang rumah saya belum ada LCD TV, ah... patut mencuba nasib. Manalah tau kan...

Saya tidak ber'vogue' seperti orang lain kerana tidak sempat membeli baju yang sesuai, maka grab apa aja yang terjumpa di depan mata. Maka tidak lah bergambar sakan, (memang saya begitu. Cuma suka ambil gambar Sarah saja.)

Chinese food yang di hidangkan sangat lah 'tasteless' dan menghampakan. Dengan perut yang sudah masuk angin, membuatkan saya loya dan muntah di tandas hotel itu. Nasib baik guest artist adalah Faizal Tahir dan Dayang, hilang sakit perut seketika.

Overall, dinner yang agak menghampakan. Lagi-lagi bila tak menang walau hadiah saguhati untuk cabutan bertuah. Kalau duduk di rumah dan menonton Tomok di OIAM agaknya lagi berbaloi.

No comments: