Friday, October 31, 2008

Of Campak Palsu?

My Sarah is not feeling well. She's down with fever since monday. Macam tak percaya that she got fever because that night, she happily play with her walker before bedtime. Suddenly at 3.00am, I felt like touching her forehead and my goodness, panasnye. At that time, her temperature was 37.4 degree. Although tak tinggi sangat tapi saya dah macam nak nangis. Cecepat bagi dia makan ubat and pagi tu at 6.00 am, her temperture dropped to 36.4 degree. Dah normal lah tu..
Tengah bergembira dengan walker dia..
Pagi tu pergi kerja dengan penuh semangat. Ye lah, first day of work for this week kan.. But before I left her wih Mak Rose, siap pesan that if anything happen to her cepat2 call saya ok. And at 12 noon, she called. Saying that badan sarah panas sangat. Kelam kabut kat opis. Terus amik EL and have to cancel one meeting that afternoon. Kami tak dapat bawak Sarah jumpa her usual paed coz the clinic was closed. So we went to the nearby Putra Medical Centre instead. Tak best jumpa doctor biasa sebab her explanation tak detail. She prescribed Sarah with ubat demam, batuk, selsema dan antibiotik. This time Sarah dah ok sikit makan ubat walaupun at times, dia meronta-ronta. I tasted semua ubat2 tuh..Yikkss..pahitnyer.. After a day, which means on wednesday. sarah pun dah ok. Cuma dia kurang nak minum susu. Tapi laju kalau makan bubur nasi atau biscuits.
Tapi pagi ni, suddenly i notice a few red dots at her forehead and neck. Cam tak sedap hati tapi sebab tak tahu ingat rash biasa aja. Siap2 pi kerja as usual. ( I wasted 20 minutes to decide which baju to wear. Sebab Friday dan boleh pakai casual smart. Memula pakai pants tapi baju suma pendek, nampak butt yang makin melebar. Oh tidakkkk!!, pastu tuka baju itu, baju ini, and at last pakai uniform ajer.. cit.. the wisest choice for today), Oh anyways, sampai rumah Mak Rose, terus dia cakap, eh kenapa sarah ni, and bila selak baju pun nampak few red dots. Macam kena campak aje... Saya dah seriau dah..campak??? tapi Mak Rose suh saya pergi kerja dulu and if anything dia akan call saya. Tapi macam mana lah kan mama nak pergi kerja pastu tinggalkan sarah dengan red dots yang banyak begitu. So, i decided to take EL (again).Nasib baik cuti tahun ni ada 13 hari lagi. This time, kami nak bawa sarah ke paed sebab clinic dia bukak pukul 9.30 am.
We went to see the paed and she asked us many questions like dah baper lama demam, baper lama dah stop, makan,minum sarah macam mana and everything, She checked her throat, ear,lung, eyes and also skin condition. Sarah a bit uncomfortable. She cried a lot and out loud. Then paed came out with an answer,

"She is okay, Nothing is wrong with her" apa Doc? we asked for an explanations. Actually, this condition semua baby pun akan kena. Apabila tumbuh rashes selepas a few days after recover from fever, ini menandakan bahawa sistem imunisasi badan baby telah develop. Sepatutnya, mommy tak perlu risau. Ini adalah good sign bahawa baby punye tumbesaran berjalan dengan baik. Keadaan ini dinamakan Rosacea Infants ape tah. That's why dia akan attact infants (0 to 1 setengah tahun)

" Bukan campak ke doc?" we asked her back. Ini bukan campak. Sekiranya demam campak, simptom2nya:-

- demam with red dots (sarah tak demam lagi tapi ada red dots)
- mata merah dan berair. Kalau mata putih dan berair bukan ya. (Sarah takde)
- Baby lesu. (Sarah active!)
- Tak nak makan, minum susu dan air putih (Sarah cuma kurang minum susu aje)
But even if kena demam campak pun, So what? Kita pun kena kan masa kecil dulu. Tetapi dulu kita takde vaksin untuk demam campak. Sekarang ada.. Tambah paed ni lagi.. Ini dinamakan Campak Palsu. dengar tu kawan2. ayat baru ni..c-a-m-p-a-k p-a-l-s-u.

"So macam mana nak treat condition nih doc?"

tak perlu ubat apapun. Even though i have thousands of cream, tapi memang tak perlu ubat. Baby akan recover sendiri.
We kinda puas hati juga dengan expanation by paed walaupun risau dengan red dots itu. Paed memang dah warn yang red dots tu akan bertambah banyak...
Bila balik rumah singgah rumah nenek husband, biasalh orang tua akan kata campak. campak keladi lah, and suruh sarah minum air kelapa supaya red dots tu cepat keluar dan cepat baik. And another petua untuk mandikan sarah dengan air basuhan beras yang ke 3 kali. I shall try this petua.
So, nak tengok how bad the rashes are?


Teruk kan?



Kat muka Sarah. Kesian dia..

Moga-moga she'll recover soon. Tapi, i wonder lah, betul ke semua infants akan kena?

Wednesday, October 22, 2008

Tembam Face.

Sarah inherit my tembab face..

Look at her now...saya mama dia pun geram gile so does my friends.

Kita baru lepas mandi.So refreshing tau.

Tembam, tembam..



Tee heeeee..

Sarah dah 6 bulan

How time flew fast, tetiba Sarah dah pun 6 bulan. Lepas ni setahun, then tadika, sekolah, masuk universiti, kerja, kahwin.... Argghhh tak sanggup nak bayangkan. Walaupun Sarah umur 30 tahun, she will always be my baby.
Berat sarah sekarang hanya 6.8 kg, naik 100 gram dari bulan lepas. sikit ajer. tapi takpelah, asalkan berat badan meningkat takpe. Oh, masa sarah timbang tu, mr husband yang bawa dia ke klinik. To me its okay aje. Tp bila kawan2 tanya dan cakap mr husband yang pergi dorang macam pelik. Then lepas tu saya pun turut rasa pelik juga. Betul anggapan kami, masa check up tu, nurse pun sibuk tanya mana mak dia, kenapa tak ikut..yadayada.. So anyways,
her 6-month milestone are;-

- Naik walker laju dah. Tapi kesian sbb rumah kami kecik dan limited space, she can't really move around. And Sarah dah berdiri dalam walker dah.. Kuat anak mama.

- Now ni Sarah dah bangun malam balik sebab nak susu. Maybe sebab Sarah lapar kut.. We don't mind tho'

- Sarah dah makan bubur nasi dan rusk.. So, last saturday mama prepare kan bubur nasi untuk Sarah.

Pukul 12 malam, mama prepare kan bubur sarah,


Bahan-bahan: kentang, carrot dan isi ikan

Pastu beras 2 genggam basuh sampai bersih dan masukkan bahan2 diatas bersama.


Air penuh sampai satu pot tu, then press ON


Besok pagi, pukul 6 pagi tengok2 bubur dah siap, Please excuse kerak2 kat tepi, maybe air byk sgt kut atau sebab lama sangat ON aje..

Lepas tu blend kasi halus.


Tada.. bubur home made tanpa perisa tambahan.

So pagi tu bagi sarah makan, dia macam mengantuk.

Tengok-tengok tertidur pulak sambil makan.

Sedap sangat agaknya bubur mama ni.

Tetiba dia terjaga, terkejut lalu menangis..Haiyaa..

Friday, October 17, 2008

Makan dan makanan

Hari ni opis ada buat jamuan hari raya starting from 11 am sampai pukul 4 pm. Best gile sebab no phone calls from our service outlets. Dah pukul 10 tu, kaki dah takleh nak duk diam, tummy dah berdangdut sebab lapar walaupun pagi tu bekpas makan nasi lemak. Banyak gile makan tp takde gambar nak share sebab i didn't bring my cybershot. Jadi kena tunggu yanty upload gambar dan pastu grab..hehehehe.. It is an advantage that u have a " you love camera" "camera loves you" friend. Adalah ambik gambar dengan my assistant guna my humble hp yang ada flash tu..hihihihi..

Saya dengan Didi. Bagaikan gajah dengan tikus kakak dengan adik kan?

Mak Vs Mama

Saya noticed benda ni dah lama, since sarah 4 bulan lagi. Sometimes i overheard Sarah said "Mak" especially bila dia nangis. Mula2 nangis takde, tapi bila dah lama mesti dengar dia akan sebut perkataan "Mak". Tapi saya buat don't know aja. Tak pernah pun nak cerita dekat orang even to mr husband.
Tapi,

semalam masa ambik sarah kat rumah Mak Ros, dia kata dia baru dengar sarah panggil dia mak dan dia merasa seronok, pastu tanya saya ada tak sarah panggil mama??? Eiiyy..memanglah takde, saje je nak buat saya jeles kecik hati.. oh btw, Sarah panggil Mak Ros, Mak Ros sekeluarga bahasakan diri "Mak" dan husband dia "Abah". Ke empat-empat anak Mak Ros panggil Sarah "Adik".
Saya tak jeles pun...
Eleh, sebab "Mak" ada satu suku kata whereby "Ma-ma" ada dua suku kata.. sebab tu sarah senang sebut.. So very true..
Kan jenet kan?

Tuesday, October 14, 2008

Of Sarah's New Walker

Yeah, we bought her a walker. It was a very tough decision to choose one. Mr husband wanted a simple and cheap READ, the cheaper, the better. but me on the other hand wanted a nice, colorful walker with a cushion-y seat so that my daughter's butt will not be in pain but still cheap. Where got such walker with cheap price..??? After browsing the net, we know that the only brand that offers chic walker with an affordable price is Sweet Cherry. We bought it at a price less than RM200. We did saw a few walkers dengan harga bawah seratus, tapi seat takde cushion. As always, Mr husband insist to buy that but I refuse. "Taknak lah, nanti bontot Sarah sakit, lagipun kita belilah yang okay sikit, tahan lama..Boleh pakai untuk adik dia pulak.." See, I got point kan, ada hati nak beranak dua pulak. Menjerit didie nanti..hihihihi. Mr husband has no choice but to agree with me sambil reply, "Untuk adik dia?" diikuti dengan gelak keji. Ceh.

Sila nikmati gambar-gambar Sarah dibawah;

Masa mula-mula, Sarah mengundur aje. Semua barang dia langgar.

Teruja dengan features walker ni sekejap..

Muka stim gile pegang steering tu..

Eh Aunty Yanty, kaki Sarah capai lantai lah. Mama dah ajar on jangan jadi peng'gayat' tau.. Btw, where is my duit raya?? You Make Dunno haaa??

Oh, this walker can be doubled up as a feeding chair kut.. Mama tak kesian ke tengok kita terkial2 nak makan biscuit ni??

Haa, mama suapkan baru lah best. Jari mama lebih gemuk besar dari biscuit ni rupanya..

Comot tak kita??

Ok.. Tata..

Sunday, October 12, 2008

Happy Besday Laling..

Yesterday was my husband's 26th birthday. Tapi takde celebration pun sebab lepas raya saya kami dah ikrar nak berjimat cermat. So on his 26th birthday, we went to Jusco to buy a few stuff for Sarah since she is gonna turn into 6 month dan boleh makan solid foods. Jadi stuff yang kami beli for her semalam adalah:-
  • Panasonic Slow Cooker untuk masak porridge sebab senang mama malas nak jaga api.

  • New Panasonic blender utk blend porridge supaya tekstur lebih lembut.

  • Spoon and bowl for our house and Mak's

  • A few baju(s) sebab sarah dah gemok membesar.

  • A walker.

  • Farley's Rusk

  • A few veggies.


Semuanya sarah punya barang. Kami takde beli apa2 pun. Oh mama lupa, ada jugak beli something at Lingerie shop and ingat2 nak beli wayarles modem tapi harga 2 ratus lebih. mahal. Ke harganya memang macam tu? Ada yang lagi murah ke agak-agaknye? Semalam kat Jusco, papa ajer yang tolak stroller Sarah and agah2 dia. Segan juga sebab papa agah kuat sangat. Masa kat Lingerie shop, dalam fitting room boleh dengar suara papa dengan jelas walaupun papa tunggu kat kerusi luar. Keluar aje, tengok ada 1 kid tengah melepak sekali, agah Sarah. Hmm, memang terserlah sifat kebapaan gitu.

Papa, Sarah nak susu ni...

Kejap ye sayang, papa buat..

Papa tengah bancuh susu ni..

Ok, susu ready..

Happy Besday Laling. Muah..muah..

P/S: Husband saya nampak tua mature kan dari usia sebenar..hihihih

Tuesday, October 7, 2008

Of Before And After Raya Stories

Lama betul neglect kan this blog due to festive season. Ye lah, macam orang lain juga, takde mood. Anyways, many things happened during that time. Both good and sad moment.
A week before raya;
  • Monday: Masih lagi ada mood untuk bekerja seperti biasa. Tiba-tiba sorang member bakar line kata baru beli levis jeans at levi's factory outlet store with more than half of its ori price. Jadi mula plan for aktiviti esok.hihihi.

  • Tuesday: Malam tadi dah google pasal factory outlet and macam reliable aje. Yanty terus bekerja keras tanya map kat member. di opis and tepat pukul 10 am me, yanty and shida head off to wangsa maju, all the way from Sg Choh. Sempat jugak aku berdoa dalam hati semoga tak jadi apa2 di tengah jalan. Sampai sana ramai gak orang. Jeans pun banyak choice tapi kalau size2 gajah SA tu macam malas nak cari susah nak cari. Kalo size semut banyak gile. Apapun, puas hati jugak sebab dapat rembat 2 helai jeans; 601 dgn 577. Harge 2 helai jeans tu lebih murah dari harga sehelai Levi's kat departmental store. Ori pula tu. Borong-borong, tepat pukul 2pm kami sampai ofis balik.

My 601 and 577.


  • Wednesday: Keje seperti biasa balik. Nak cover untuk semalam.hihihihi. Petang tu kami berbuka diluar for the first time. Makan kat SR aje. Alhamdulillah Sarah tak meragam, dia dok ralit main teether dia aja.

  • Thursday: Terima berita yang sangat memeranjatkan, sedara yg duduk dekat dgn rumah bapak aku meninggal sebab batuk kering. Sangat sedih sebab dah kenal mereka sejak dorang baru kahwin. Some more nak raya lagi. Allayarham meninggalka seorang balu dan 3 orang anak. 2 orang masih bersekolah. I wonder how the wife will survive after this. The wife tak pernah bekerja. Luckily mereka ada rumah sendiri yang cantik. Suka gile tengok garden dorang. Jadi hari ni amik EL sebab nak attend funeral.

  • Friday: Last day before cuti. Mood memang dah takde, tapi pura-pura buat juga mana yang termampu. Tetiba datang pulak idea nak bershopping lagi2 advance bonus for raya dah masuk. Tahu2, pukul 1 aku ngan yanty and her friend Haz dah terpacak kat The Curve. Shopping lagi. Banyak beli baju Sarah aje. Pastu beli kan Sarah jeans Levis utk matching2 dgn mama nanti and for myself hanya seketul Clarks wedges. Oh sangat selesa. Jalan berjam-jam tak sakit kaki langsung. Pukul 4 pm sampai ofis dan salam2 suma orang, pukul 5pm chow..

  • Saturday: Kemas rumah sampai lebam and buka puasa with Husband's friends. Sarah pun ok aje. tak meragam. tapi yang boring kalo keluar dengan dorang ni, asik2 cerita yang sama sampai naik muak dengar.

  • Sunday: Masak untuk buat 'kunjungan' untuk saudara mara. Penat beb! Pastu kami pi my panel clinic sebab sarah selsema, batuk dan demam. Dr bagi ubat lah.

  • Monday (2 hari b4 raya): Temankan my sister pi servis keta and after that terus head off to OU. Banyak lagi barang tak beli. Kat OU dptlah rembat sarah punye stuff lagi, brooches, scarve,sunglass,top pastu pi beli Kose exfoliator dgn emulsion. Suka gila. All this while i tot Kose is so much pricey.. Rupa-rupanya, wayyy not.. Yang paling best terus entitled for Kose membership. Double point.

Kat Jusco pi beli Pooh and Friends Mat for Sarah. Dia cam pelik masa mula2 kami letak atas tu. Tapi at last dia suka and scratch2 mat tu.

Kuci kuci sarah..

Malam tu pi Sg Choh ambik Baju kurung dan Melayu yang kami tempah dari sepupu husband. Sangat berpuas hati. Tahun depan wajib tempah lagi.

  • Tuesday (1 day before raya): Masak-masak untuk diri sendiri aja. And ready for tomorrow.
Raya pertama: cam biasa bermaaf-maafan dgn family. Cuma tahun ni tak meriah sebab MIL sakit due to stroke jadi kami kurang berjalan kerumah orang. Our theme color is Blue. Malangnye takde pun nak ambik gambar kami bertiga sebab lupa, ralit sangat ambik gambar sarah. Btw, sarah pakai dress kaler blue juge.


I think Sarah is one cute girl. Don't you think so?


Raya kedua: Sarah pakai jeans and red top and pakai headband polka dot. I think baby pakai headband apa pun look so adorable. Takde gambar dia pakai baju tu. tapi gambar baju ada. Lepas tu pergi rumah SIL. Kan aku ada one competetive 5 year old niece remember? So, bila sarah datang, all attentions got to her jadi si Ada ni jeles and threw tantrum. wawawawa... She wanted the same headband as Sarah's but in blue color and asked her mum why she never have it and insisted to get it at that time. Puas mak dia explain and last2 aku terpaksa buat janji palsu nak beli untuk dia jugak later.. But come on, a 5 year old girl wearing a headband.. ugly okeh..

Raya Ketiga: Kami botakkan Sarah sebab rambut dia tak banyak dan dia tak pernah bercukur since lahir. Jadi kami pun botakkan dia..hehehe.macam Shaolin pulak.

Apapun Sarah tetap yang paling comel di mata mama dan papa.

Raya keempat dan kelima: Duduk rumah tunggu orang datang. Pastu sarah nyer selsema tak baik2 jugak walaupun dah dekat seminggu jd kami pi ke paed. Paed bagi antibiotic. harap2 Sarah sembuh cepat. Kami risau sangat sebab suara Sarah serak dah. Paed check tekak, paru2 semuanya ok.

Raya keenam (isnin): Patutnye dah mula kerja tapi hari tu dah amik cuti siap2 sebab dah tau mesti sangat penat. Kawan2 husband datang hari ahad pukul 12 mlm pun tak balik lagi. So activity hari ni, main2 dengan Sarah and petang gi bank nak bank in kan our saving and sarah nyer duit raya to her account. Fuhh..punyalah ramai manusia. Pastu singgah supermarket beli stock Milo 3 in 1 utk opis. Jimat sikit. Kalo beli kat cafe opis, mahal pastu sikit. Tak puas hati ni.

Raya ke tujuh (selasa/Today): Masuk kerja dengan azam dan semangat baru untuk catch up kerja-kerja yang tertunggak. Masuk2 terus buat To-do-list which are semuanya reports.. Alhamdulillah 3 reports settled. Tapi tengah rush syok2 buat keje ada pulak fire drill. Ah, abaikan lah. Mesti false alarm ni. Makin lama makin kuat dan berpanjangan pulak bunyi tu. 5 minit lepas tu, tahu2 semua orang satu corporate building kena turun. Alih2 bila turun 10 minit kat bawah barule ada announcement false alarm sajer. Bengang betul. Dahlah nak naik kena guna tangga ke tingkat tiga. Semput acik ni haa... Oh ye, surprise juga pagi tadi pi cafe rupa-rupanye dah tuka tender lain and banyak gile menu dan lauk. For the first time, our cafe penuh sendat dan padat dengan manusia. Murah pulak tu. Adakah aku amik 2 keping roti telur dgn sebatnag sosej dan scramble egg cuma RM 1 sahaja. Sungguh aku untung tak masuk akal..

Agaknye this is my longest entry kut. Qada' kan dah 2 minggu tak update. azam saya selepas raya is to tidak bershopping sakan lagi. As what i told my husband, "Mama rasa, kalau boleh lepas ni taknak shopping lagi lah" Then my husband replied, " Kalau tak boleh?" . Lagi mau tanya daa... Apapun as long as my shopping spree tu terkawal dan never kacau our savings rasa-rasanya tak salah kan. Bulan2 tak pernah miss bayar bills, MARA loan, credit card tak kaco, monthly fixed amount saving never failed ok lah tu ek.

Or maybe kena find a way to have a good investment supaya dapat banyak pulangan. It sounds like aku ni mata duitan kan? But who doesn't? Money is not everything and we can't buy happiness with money. Yes, agreed. But we can RENT the happiness by using money for a long, long time. I couldn't agree more. heh.